Unai Emery: Segala Perancangan Musnah, Kad Merah Maitland-Niles Punca Arsenal Merana

Pengurus Arsenal, Unai Emery mengakui layangan ‘kad kuning kedua’ yang menyaksikan bintang muda, Ainsley Maitland-Niles diarah keluar padang sebagai punca kekalahan memalukan 0-3 keatas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Maitland-Niles dilayangkan kad kuning pertama selepas menerjah Ben Chilwell pada minit ke-8, sebelum dilayangkan kad kuning kedua diminit ke-36 apabila melakukan kekasaran keatas James Maddison.

LEICESTER, ENGLAND – APRIL 28: Referee Michael Oliver shows a red card to Ainsley Maitland-Niles of Arsenal (15) as he is sent off during the Premier League match between Leicester City and Arsenal FC at The King Power Stadium on April 28, 2019 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Selepas perlawanan, Emery mengatakan bahawa beliau begitu kecewa dengan keputusan pengadil, Michael Oliver keatas Maitland-Niles pada insiden kad kuning kedua.

Bagi Emery, keputusan itu telah merosakkan segala perancangan pasukan dalam perlawanan tersebut.

“Kad kuning kedua memberi kami banyak masalah untuk meneruskan pelan permainan kami dengan lebih cekap. Ia telah menjadi sukar untuk kami meneruskan idea dengan kehilangan satu pemain. Yang telah mengubah banyak perkara, adalah layangan kad merah ini,” kata Emery.

“Setiap pemain telah melakukan tugas dengan dengan baik dan saya bangga dengan mereka. Walaupun kurang satu pemain, kami tetap meneruskan strategi permainan kami, berusaha bersama, bertahan, dan kadang-kadang cuba untuk memanfaatkan setiap situasi”

“Gol pertama telah menyekat usaha kami. Ketika kami cuba beraksi lebih baik dengan kurang satu pemain, mereka melakukan serangan balas , kemudian mencetak gol kedua dan menamatkan perlawanan.”

Pelan awal

Menurut Emery, sebelum perlawanan, beliau dan pasukan mempunyai pelan untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Pelan permainan kami adalah untuk menjadi kuat bahagian pertahanan pada ketika mereka menyerang kami, dalam pada itu, kami boleh mengambil peluang untuk melakukan serangan keatas empat pertahanan mereka.”

“Kami bermula dengan baik, kami mengawal perlawanan dalam kedudukan yang baik tanpa berdepan sebarang masalah. Mereka boleh mengawal permainan tetapi kami akan bagus di padang dan kami mahu berkembang dalam masa 90 minit dengan mengambil peluang memenangi perlawanan itu. Bersaing dalam 90 minit dan dalam keadaan mentaliti kami yang kuat.”

Kekalahan tersebut membuatkan skuad Emery berdepan tugasan sukar untuk kembali ke kelompok empat teratas walaupun kejayaan dalam Liga Europa juga boleh memastikan tempat ke Liga Juara-Juara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN