Unai Emery: “Pengadil Punca Barcelona Singkirkan PSG Musim Lalu”

Unai Emery

Pengurus Paris Saint-Germain, Unai Emery masih tidak berpuas hati dengan penyingkiran PSG daripada UCL musim lalu di peringkat 16 pasukan akhir di tangan Barcelona.

Beliau menegaskan yang pengadil Deniz Aytekin adalah punca kepada kekalah PSG selepas menang 4-0 di Paris.

PSG dikejutkan oleh Barcelona dengan keputusan 6-1 di Camp Nou dengan jaringan Sergi Roberto di masa kecederaan.

Barcelona menjaringkan 3 gol dalam 7 minit terakhir perlawanan. Barcelona mendapat 2 penalti untuk menyingkirkan PSG. Unai Emery berkata:

“Anda harus bahagikan perlawanan itu kepada 2 bahagian. Pertamanya, kami menang selesa ke atas pasukan kuat seperti Barcelona.”

Sumber: BeinSports

“Kedua, kami gagal melakukannya pada perlawanan kedua kerana ada elemen ke-3. Elemen itu di luar kawalan kami kerana ia di tangan pengadil.”

“Pengadil jelas pilih kasih kepada kelab yang besar (seperti Barcelona). Ia dilakukan dengan sukarela bukannya dalam keadaan tak sedar.”

“Untuk perlawanan menentang Barcelona musim lalu, saya nak dengar, apa kata pengurus terkemuka lain tentang perlawanan itu.”

Unai Emery berharap perlawanan PSG dan Real Madrid tidak akan dibayangi oleh mutu pengadilan yang lemah. Beliau juga yakin apa yang berlaku pada tahun lalu banyak diambil pengajaran oleh pelbagai pihak.

Beliau yakin pasukan seperti PSG lebih dihormati pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN