Unai Emery: “Masa Berbincang Dah Tamat! Giliran Saya Tentukan, Alves Satukan Pasukan”

Unai Emery sebelum ini memberikan komen beliau tentang insiden penalti melibatkan Neymar. Pengendali tersebut menyatakan yang beliau mahukan Neymar dan Cavani berbincang dan selesaikannya sendiri.

Namun begitu tiada lagi apa-apa perkembangan daripada kedua-dua pemain. Laman L’Equipe melaporkan Neymar sudah pun meminta maaf terbuka secara verbal dengan rakan-rakan beliau termasuk Cavani.

Kini Unai Emery telah membuat keputusan tentang siapa petugas utama dan kedua untuk penalti. Ini kerana PSG akan bermain dalam saingan domestik pada hujung minggu ini.

Keputusan Unai Emery

“Kami ada 2 pemain yang kompetitif dan ingin menjadi yang terbaik di dalam pasukan ini. Secara logiknya ia adalah objektif individu.”

“Hubungan di antara pemain sangat baik. Saya memutuskan ada 2 pengambil sepakan penalti kami yang utama iaitu Cavani dan Neymar.”

“Saya tidak ada masalah mereka berdua mahu menggalas tanggungjawab itu kerana mereka berdua ada kepakaran untuknya. Dan ada lagi beberapa pemain lain pun boleh mengambilnya.”

“Di pusat latihan, kami juga mengambil berat aspek penalti dan banyak berlatih untuknya.”

“Jadi saya memutuskan buat masa ini saya selesaikan yang pertama dan kedua dahulu kerana ramai pemain lain boleh melakukannya. Pengambil penalti nombor 1 adalah Cavani dan nombor 2 adalah Neymar!”

Unai Emery menepis spekulasi media menyatakan pemain-pemain PSG sudah terpecah kepada puak-puak pro Neymar dan Cavani di bilik persalinan.

Media juga menyatakan yang Dani Alves antara pemain yang membuatkan kem PSG terpecah.

Unai Emery memberitahu L’Equipe yang Dani Alves mengadakan sedikit jamuan untuk semua pemain atas usaha beliau sendiri.

Ianya bertujuan untuk menyatukan semula pasukan mereka yang sedikit tegang. PSG turut menafikan yang Neymar meminta Presiden menjual Cavani sebelum ini.

Baiklah, semuanya dah jernih. Misi PSG adalah untuk fokus kepada sasaran asal mereka iaitu untuk menjuarai kejohanan setinggi UCL.

Sumber

1. France League – http://www.sport-english.com/en/news/ligue-1/unai-emery-breaks-his-silence-after-the-argument-between-cavani-and-neymar-6301515

2. France Laague – http://www.sport-english.com/en/news/ligue-1/dani-alves-takes-the-lead-in-the-neymar-cavani-war-6300913

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN