Unai Emery: Liverpool Boleh Jadi ‘The Invincibles’ Seperti Arsenal Musim 2003/2004

Liverpool

Pengurus Arsenal, Unai Emery percaya Liverpool boleh mengulangi pencapaian cemerlang Arsenal pada musim 2003/2004 yang menjuarai Premier League tanpa kalah walau satu perlawanan.

Emery yang pernah menewaskan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu dalam perlawanan akhir UEFA Europa League 2015/2016 ketika mengurus Sevilla dengan jaringan 3-1 di Stadium St. Jakob Park, Basel itu, turut kagum dengan kemajuan yang dicapai Liverpool dalam masa 3 tahun selepas itu.

“Kalau saya imbas kembali proses yang mereka lalui sejak kekalahan tersebut hingga sekarang, mereka semakin cemerlang,” kata pengurus Arsenal kelahiran Sepanyol itu. “Saya sentiasa melihat cara permainan dan kemajuan Liverpool dengan staf jurulatih saya, dan saya rasa kami [Arsenal] boleh mencontohi mereka.”

Tetapi sebelum Arsenal boleh menjadi dominan seperti Liverpool ketika ini, Emery berpendapat mentaliti pasukannya perlu diubah. “Kami perlu meletakkan standard yang tinggi dalam semua perkara yang kami lakukan,” kata pengurus berusia 48 tahun itu dalam sidang media pra-perlawanan menjelang aksi Premier League menentang Liverpool di Anfield esok.

Pada musim 2003/2004, Arsenal menjuarai Premier League tanpa sebarang kekalahan sepanjang musim; menang 26 dan seri 12 perlawanan untuk mengutip 90 mata, 11 mata di hadapan Chelsea yang berada di tangga ke-2 liga.

Ketika aksi liga menuju ke tahun baru (selepas aksi Boxing Day), Arsenal menduduki tangga ke-2 liga; 1 mata di belakang Manchester United. Liverpool pula kini mendahului liga dengan 6 mata di hadapan Tottenham Hotspur yang berada di tangga ke-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN