Unai Emery Kecewa Pengadil Berikan Penalti Kepada Liverpool

Unai Emery menganggap penalti yang diberikan oleh pengadil kepada Arsenal sebagai tidak patut dan insiden itu terlalu ‘soft’.

Unai Emery menuduh pengadil melakukan pengadilan yang agak keras dengan memberikan penalti untuk insiden seperti itu.

David Luiz menarik baju Mohamed Salah di dalam kotak penalti. Dalam bola sepak, kesalahan menarik baju adalah kesalahan kad kuning.

Tindakan Luiz itu telah membuatkan Liverpool mendapat penalti dalam kemenangan 3-1 mereka ke atas Arsenal.

Peliknya, kali ini Unai Emery mempertahankan kesalahan tersebut. David Luiz sendiri sudah meminta maaf di atas kesalahan beliau kepada para penyokong Arsenal.

Luiz mengakui dirinya tidak sengaja menarik baju Mohamed Salah. Beliau merasakan, jika tanpa VAR, kesalahan itu mungkin tidak akan dihukum kerana beliau tidak menarik kuat.

“Saya meletakkan tangan pada Salah dan kekuatan itu berbeza. Jadi, sebab itu saya kata, VAR sangat sukar.

“Kamu tidak akan melihat ada tarikan yang kuat. Saya tarik Salah dengan lembut, terpulang kepada inteprestasi. Namun itulah sebab pengadil memberikan penalti.”

“Saya tidak hanya menyatakan pandangan saya. Bola sepak memang begini. Kita harus memandang ke hadapan.”

“Saya bercakap dengan Mo. Beliau kawan saya, dan beliau menyatakan dia tidak tidak jatuh kerana tidak merasai langsung ada tarikan. Namun dengan adanya VAR, keadaan itu menjadi berbeza.”

“Ianya adalah satu refleks. Saya dilayangkan kad kuning. Itu telah membuatkan saya mengelak daripada melakukan kesalahan dalam gol ketika Liverpool. Ia memberikan impak kepada aksi saya.”

Unai Emery pula menyatakan pandangan berbeza dengan David Luiz.

Unai berkata: “Penalti itu adalah detik penting menentukan perlawanan ini, dan ianya terlalu ‘soft’.”

“Saya rasa tindakan Luiz itu tidak cukup untuk menyatakan ia satu kesalahan menarik baju lawan.”

Unai Emery kemudian memuji aksi para pemainnya terutama sekali pada separuh masa pertama.

“Ianya sangat mengecewakan untuk melepaskan bolos dalam perlawanan. Namun saya rasa kami bermain sangat baik separuh masa pertama. Kami mencipta 2 atau 3 peluang gol. Kami bertahan dengan baik ketika mereka melakukan hantaran silang.”

“Kita boleh optimis dengan masa depan kelab, saya rasa Joe Willock dan Nicolas Pepe bermain sangat baik. Kami mahu menyimpan lebih banyak bola, namun Liverpool menekan kami dengan kuat sekali.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN