Unai Emery: Kami Tidak Sepatutnya Tewas

Emery

Pengurus Arsenal, Unai Emery menjelaskan bahawa The Gunners tidak sepatutnya tewas pada perlawanan menentang Sheffield United awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Lys Mousset pada minit ke-30 itu mengakibatkan kekalahan kedua buat Arsenal untuk menduduki tangga kelima dengan mengumpul 15 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

”Kami tidak sepatutnya tewas dan banyak memberikan sepakan penjuru pada separuh masa pertama dan mereka menjaringkan gol pada satu keadaan. Kami perlu meningkat dengan tidak melepaskan bola sedemikian.”

”Apabila kami mempunyai peluang untuk melakukan serangan, kami mencipta lebih banyak peluang berbanding mereka [Sheffield United] tetapi tidak berjaya menjaringkan gol.”

”Kami berhak mendapatkan lebih daripada perlawanan ini tetapi mereka merupakan pasukan yang paling sedikit dibolosi [bersama Liverpool] dan menjadi sangat sukar sekiranya mereka terlebih dahulu menjaringkan gol.”

”Kami telah mencuba pada separuh masa kedua, mencipta tiga peluang yang baik untuk menjaringkan gol,” ujar Emery lagi.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu juga turut menyifatkan Arsenal telah dinafikan hak bagi mendapatkan sepakan penalti tetapi tidak diendahkan pengadil perlawanan, Mike Dean.

”Terdapat dua keadaan penting pada perlawanan ini – pertama adalah jaringan mereka dan kedua merupakan insiden yang cukup jelas buat kami untuk mendapatkan sepakan penalti berikutan kekasaran terhadap Sokratis [Papastathopoulos]. Ia sememangnya sangat jelas kelihatan.”

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN