Unai Emery Berminat Mahu Bawa 2 Bintang Utama Real Madrid Sertai Aston Villa

Pengurus Aston Villa, Unai Emery dilaporkan sangat berminat mahu menandatangani duo Real Madrid, Eden Hazard dan Nacho Fernandes pada jendela perpindahan Januari ini nanti.

Unai Emery dijangka bakal memanfaatkan jendela perpindahan Januari ini untuk mendapatkan pemain-pemain baru bagi memantapkan lagi skuadnya.

Pemilik kelab, Nassef Sawiris dan Wes Edens bakal membantu menyumbang dana kepada pengurus baru mereka itu dan kini beberapa pemain bintang sudah dikaitkan dengan Aston Villa.

Dari beberapa nama yang dikaitkan dengan Villa, nama legenda Chelsea, Eden Hazard yang paling mencuri perhatian peminat.

Menurut sumber laporan dari El Nacional, pemain kebangsaan Belgium itu berpotensi untuk membuat kepulangan semula ke saingan Premier League dan bakal beraksi bersama Aston Villa.

Real Madrid sendiri dikatakan bersedia untuk menjual pemain yang mereka beli dengan yuran perpindahan bernilai £89 juta pada tahun 2019 yang lalu itu.

Selain Hazard, pemain pertahanan, Fernandez juga turut dikaitkan dengan bakal melengkapkan perpindahan ke Villa Park pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pakar perpindahan, Ekrem Konus menulis di laman twitter miliknya dengan menyatakan bahawa:

“Aston Villa mahu menandatangani Eden Hazard dan Naco Fernandes dari Real Madrid.”

Kedua-dua pemain tersebut sudah berjaya menjulang gelaran La Liga dan Champions League bersama Real Madrid.

Sejak kembali ke dunia pengurusan dalam kancah saingan Premier League, Unai Emery sudah menunjukkan kemampuan sebenar beliau yang sungguh menakjubkan itu.

Beliau berjaya membantu Villa mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League bertemu Manchester United dan Brighton.

Kini beliau boleh memanfaatkan rehat Piala Dunia untuk memantapkan lagi perancangan untuk membawa skuadnya berada di kedudukan lebih baik dalam saingan Premier League.

Beberapa hari sahaja selepas rehat Piala Dunia nanti, jendela perpindahan Januari akan dibuka dan Unai bakal memanfaatkannya untuk membawa pemain baru ke dalam skuadnya.

Bercakap tentang perancangan beliau yang mahu memantapkan skuadnya pada Januari ini, Emery mendedahkan kepada BirminghamLive bahawa:

“Kita ada masa lebih kurang sebulan setengah lagi sebelum jendela perpindahan dibuka. Saya rasa sekarang tumpuan kami adalah untuk cuba dan perbaiki persembahan dan beri keyakinan lagi kepada pemain untuk mereka tunjukkan kemampuan sebenar mereka.”

Kemudian, jelas sekali, kami (Emery dan pemilik kelab) sudah pernah berbincang untuk memperbaiki skuad ketika jendela perpindahan dibuka. Saya rasa kami akan lakukan itu, tapi pertama sekali, kami akan berikan sepenuh kepercayaan kepada pemain dan beri mereka peluang untuk buktikan sesuatu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN