Desas-desus mengenai pengganti Arsene Wenger bertiup kencang apabila Unai Emery muncul sebagai calon kejutan saat akhir untuk mengambil alih tugasan selaku pengurus Arsenal yang baharu.
Mikel Arteta yang kini pembantu pengurus di Manchester City kepada Pep Guardiola, menjadi pilihan mendapat tugasan itu selepas menerima persetujuan Arsene Wenger.
Namun Emery yang meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas membantu kelab Perancis itu meraih gelaran Ligue 1, memberi peluang buat pengurusan tertinggi Arsenal.
Emery memiliki latar belakang baik ketika bertugas di Sepanyol.
BREAKING: Arsenal to appoint Unai Emery as new manager. Thorough process produced 46yo Spaniard as unanimous choice. Available after leaving #PSG (1 Lg1 title, 4 cups), previously Sevilla (3 EL wins), not fluent English. Announcement + press conference likely later this week #AFC
— David Ornstein (@David_Ornstein) May 21, 2018
Dia berjaya membawa Sevilla, kelab memiliki sumber kewangan sederhana, menjadi kompetitif berbanding pencabarnya yang kaya seperti Real Madrid dan Barcelona.
Dia juga membawa kelab dari ibu kota Andalusia itu meraih kejayaan tiga kali berturut-turut dalam Liga Europa dengan satu daripada kejayaan itu ialah mengatasi Liverpool pada 2016.
Ketika di Perancis dia juga menang Piala Liga Perancis dan Piala FA Perancis selain kejuaraan tahun ini.
Pengurus baharu di Emirates perlu bekerja dengan sumber terhad ketika Emery akan berdepan cabaran daripada apa dimilikinya di PSG, namun tugasnya ketika di Sevilla membuatkan Arsenal berminat kepadanya.
Dan ada situasi dia akan bekerjasama dengan Arteta jika Arsenal membawa semula bekas pemain tengah itu ke kelab.