Unai Emery Akui Beberapa Pemain Arsenal Perlu Tinggalkan Pasukan

Emery

Pengurus Arsenal, Unai Emery mengakui bahawa beberapa orang pemainnya perlu meninggalkan pasukan selepas The Gunners menamatkan musim 2018/19 dengan kekecewaan tunduk ditangan Chelsea pada aksi final Liga Europa tempoh hari.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal bakal beraksi dalam saingan Liga Europa buat musim ketiga berturut-turut.

Arsenal menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di tangga ke-5 selepas mengumpul 70 mata hasil 21 kemenangan, tujuh keputusan seri dan sepuluh kali kekalahan dialami.

Di samping menegaskan akan ada pemainnya bakal meninggalkan pasukan, Emery nyata berpuas hati dengan perkembangan pemain muda Arsenal.

”Idea kami adalah untuk meneruskan dan meningkat dengan pemain muda yang tiba.”

BAKU, AZERBAIJAN – MAY 29: Unai Emery, Manager of Arsenal looks dejected after the UEFA Europa League Final between Chelsea and Arsenal at Baku Olimpiya Stadionu on May 29, 2019 in Baku, Azerbaijan. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Mungkin beberapa pemain akan meninggalkan pasukan tetapi bukan masa sesuai untuk bercakap mengenainya ketika ini.”

”Kami mempunyai pemain muda yang dapat merasai pengalaman pertama beraksi di perlawanan akhir dan saya positif tentang masa depan pasukan dengan kehadiran pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan.”

”Saya sangat berbangga dengan kerja kami, tidak terlalu bangga kerana tidak mencapai sasaran kami tetapi masih berbangga dengan kerja kami kerana saya merasakan para pemain telah melakukan segalanya untuk mencapai sasaran dan kami semakin hampir dengan pasukan lain.”

”Musim depan kami boleh meneruskan dengan skuad yang sama termasuk beberapa pemain baharu untuk membantu pasukan menjadi lebih baik.”

”Kami mempunyai pemain yang hebat dengan pengalaman luas dan juga beberapa pemain muda. Tahun ini kami semakin menghampiri pasukan lain.”

”Musim hadapan, kami memerlukan idea sama, untuk menambah beberapa pemain baharu tetapi ia adalah cara yang sama seperti tahun ini, mengorak satu langkah lagi, ujar pengendali dari Sepanyol itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN