Quantcast

BERITA

Umtiti Pulang Awal, Dilanda Kecederaan Sekali Lagi

Samuel Umtiti terpaksa pulang awal dari kem pasukan kebangsaan Perancis. Ini selepas beliau mengalami kecederaan di bahagian kaki kanannya.

Samuel Umtiti terpaksa melupakan tugasan kelayakan Euro 2020 berhadapan dengan Andorra, yang dijadualkan pada Selasa ini.

Beliau hilang tempat dalam pasukan utama Barcelona musim lalu kerana kecederaan di bahagian lutut. Beliau merupakan pemain yang berpasangan dengan Gerard Pique, sebagai pilihan utama dalam pasukan.

Musim ini, beliau sudah 3 kali menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan oleh Barcelona. Umtiti masih berjuang untuk mendapatkan semula status sebagai pilihan utama.

Samuel Umtiti kehilangan tempat kepada Clement Lenglet di dalam kesebelasan utama Barcelona dan juga Perancis.

Laporan oleh AS, kali ini kecederaan haematoma di bahagian kaki kanan pula menghantui beliau.

Pegawai pasukan Perancis sudah mengesahkan perkara itu selepas kejayaan Perancis menang 4-1 ke atas Albania.

Oleh yang demikian, Umtiti akan pulang terus ke Nou Camp bagi menerima rawatan susulan.

Doktor perubatan Perancis tidak dapat memberikan jangkaan berapa lama Umtiti perlu berehat dek kerana kecederaan tersebut.

Namun mereka merasakan, agak sukar untuk Umtiti terlibat dalam aksi menentang Valencia selepas ini.

Semoga cepat sembuh kepada Samuel Umtiti.