Umpama ‘Liga M Affairs’, 3 Bekas Pemain Import Lakar Gol Hiasi Kemenangan Singapura Atas Filipina

Faris Ramli Singapura Filipina AFF 2020 Liga M
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Malam buat bekas pemain import Liga Malaysia (Liga M) apabila tiga pemain yang pernah beraksi di Malaysia melakar jaringan dalam pertembungan Singapura dan Filipina yang menyaksikan Singapura menang 2-1.

Harris Harun, Faris Ramli dan Amin Nazari berjaya mencipta jaringan buat pasukan masing-masing, menjadikan ia umpama kita menyaksikan Liga M berbanding pertembungan Singapura menentang Filipina. Malah, penjaga gol KL City, Kevin Mendoza yang cemerlang di Malaysia dengan 14 cleansheet telah dibolosi dua gol malam ini.

Babak pertama boleh dikatakan penuh pertembungan fizikal antara kedua-dua pasukan dengan kekasaran demi kekasaran telah dilakukan. Agak membosankan melihat perlawanan yang kurang asakan ke gawang gol.

Kapten Filipina, Stephan Schrock merupakan pemain tumpuan dengan deretan kekasaran yang dilakukannya, namun pengadil perlawanan dilihat agak ‘kedekut’ untuk melayangkan kad kuning kepada kekasaran sama ada daripada pemain FIlipina mahupun Singapura. Untuk The Lions, Anumanthan Mohan dilihat ‘paling’ kasar.

Babak kedua tampak lebih mengujakan dengan kedua-dua pasukan baru menunjukkan minat untuk mengasak gawang lawan. Selepas sejam perlawanan berlangsung, di minit ke-61, bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Harris Harun berjaya meledak jaringan pertama menerusi tandukkan bebas di depan gawang Filipina.

Itu merupakan jaringan pertama kapten Singapura itu selepas lebih dua tahun tidak meledak – kali terakhir meledak gol pada Ogos 2019 ketika mereka menewaskan Solomon Islands 4-3 dalam aksi persahabatan.

Tidak lama selepas itu, giliran bekas pemain Terengganu FC, Faris Ramli pula mencipta jaringan di minit ke-63. Singapura semakin selesa mendahului aksi apabila pemain sayap menyerang itu berjaya membuat sentuhan di depan gol selepas menerima hantaran lintang, Zulgarnaen Suzliman untuk menewaskan Kevin Mendoza.

Minit ke-69, pemain tengah, Amin Nazari berhasil merapatkan jurang gol buat The Azkals apabila sepakan penjuru yang diperolehi mereka telah dimanfaatkannya dengan tandukkan untuk menewaskan penjaga gol berpengalaman Singapura, Hassan Sunny. Amin Nazari pernah menabur bakti bersama Kedah di Liga M.

Gol tersebut membangkitkan semangat Filipina dengan mereka berjaya mengawal perlawanan dengan deretan asakan ke atas lawan, namun, gagal untuk menggugat Hassan Sunny. Mereka meletak lebih ramai pemain di kawasan attacking third mereka setiap kali asakan cuba dicatur, sementara Singapura pula terus bertahan.

Tiga mata kedua buat Singapura apabila Filipina yang pertama kali turun beraksi ditewaskan mereka dengan keputusan 2-1 di Stadium Nasional. Mereka mendahului saingan Kumpulan A dengan enam mata dengan Thailand dan Myanmar berada di kedudukan kedua serta ketiga dengan tiga mata dan kurang satu perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN