Jenama sukan antarabangsa, Umbro telah mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bagi menaja jersi skuad tok gajah bermula tahun 2019.
Perkara tersebut diumumkan melalui akaun twitter rasmi jenama antarabangsa tersebut yang mengesahkan penajaan jersi juara Piala FA 2018 itu selama 2 tahun.
We’re excited to announce a new two-year kit deal with @MediaPhgFA, the reigning Malaysia FA Cup champions. #pahangfa #pahang #footballmalaysia pic.twitter.com/zb7OG2shOA
— Umbro (@umbro) November 16, 2018
Menurut sumber, tajaan daripada Umbro meliputi set jersi yang lengkap dan kit latihan untuk skuad utama, skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia, pasukan futsal lelaki dan wanita termasuk pakaian kasual yang bakal digunakan oleh skuad utama.
Tiada lagi jenama FILA untuk musim hadapan
Sebelum ini, pasukan Pahang menggunakan jersi jenama FILA sejak pertengahan musim lalu dan memperkenalkan jersi utama berwarna kuning manakala warna putih sebagai jersi kedua.
Jersi berkenaan tampil dengan rekaan klasik, mempuyai struktur lukisan kulit gajah jika dilihat dengan lebih dekat.
Manakala jalur lurus pada ketiga-tiga jersi, adalah susunan huruf ‘F’ yang ditulis secara halus dan menghiasi keseluruhan bahagian depan jersi ketiga-tiga rekaan.
Jika jersi berwarna kuning menjadi pilihan untuk aksi di halaman sendiri, warna putih adalah pilihan warna jersi yang akan digunakan oleh skuad bimbingan Dollah Salleh di tempat lawan.
Bagi jersi alternatif, jersi warna hitam yang tampak elegan menjadi pilihan skuad Tok Gajah.