Ultras Malaya Sebulat Suara Boikot Piala AIRMARINE 2019

Sekumpulan penyokong setia skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya membuat keputusan untuk memboikot kejohanan 4 penjuru, Piala AIRMARINE 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac dan 23 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tindakan tersebut dilakukan kerana tidak bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak-pihak tertentu.

“Semua sedia maklum bahawa skuad Harimau Malaya kita akan dieksploitasikan di dalam kejohanan Piala AirMarine ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan ke atas semangat dan keinginan penyokong yang inginkan ranking FIFA skuad kebangsaan kita meningkat.

“Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusof Mahadi dalam temubual dengan pihak media dalam keadaan tergagap-gagap (rujuk video goal.com).

“Piala Air Marine ini sebenarnya hanyalah satu perlawanan persahabatan kelas A yang akan memberikan mata FIFA sebagai aksi persahabatan. Persoalannya di sini mengapa dan apa rasionalnya pihak penganjur ProEvents mengenakan caj tiket(RM35) yang melebihi dari harga tiket perlawanan persahabatan yang biasa iaitu RM20?

“Sedangkan perlawanan Piala AFF pun RM30 untuk peringkat kumpulan, satu kejohanan peringkat rantau ASEAN yang juga memberikan kiraan mata yang sama dengan persahabatan kelas A. Jelas mereka ini mahu mengaut keuntungan atas angin dan mengambil kesempatan ke atas semangat kita semua selaku ekor Harimau Malaya,” kata kenyataan rasmi daripada Ultras Malaya di laman facebook mereka.

Kenapa perlu beri keuntungan kepada pihak lain?

Ultras Malaya turut mempersoalkan kewajaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan kebenaran kepada pihak ketiga untuk mengautkan keuntungan tambahan melalui kewujudan kejohanan tersebut.

“Kenapa FAM memberi kebenaran kepada pihak ke-3 untuk mengeksploitasi pasukan Harimau Malaya sedangkan pihak FAM boleh sahaja mengadakan perlawanan persahabatan kelas A seperti biasa dengan mengenakan caj tiket RM20 seperti selalu.

“Mengapa perlu diwujudkan kejohanan seperti ini sedangkan jelas tidak ada kelebihan pun kepada skuad kebangsaan, kiraan mata FIFA tetap sama iaitu mata untuk persahabatan. Jelas eksploitasi telah berlaku ke atas skuad Harimau Malaya.

“Berapakah nilai tajaan dari Air Marine sehinggakan berbaloi untuk FAM selaku badan induk menyerahkan skuad Harimau Malaya untuk dieksploitasi? Pasti ada nilai tajaan, mengapa tidak diumumkan nilai tajaan? Ada pihak yang nak main belakang dengan wang tajaan?,” soal mereka.

‘Curva off’

Justeru itu, pihak Ultras Malaya sebulat suara untuk tidak hadir pada perlawanan Malaysia menentang Singapura pada hari Rabu ini dan juga perlawanan akhir Piala AIRMARINE.

Walaubagaimanapun, mereka tetap akan memberikan sokongan padu kepada skuad Malaysia B-23 mengharungi kempen kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam.

Foto: Unit Media Ultras Malaya

“Perlu diingat, ProEvents adalah syarikat yang pernah menggunakan dan mengeksploitasi skuad Harimau Malaya untuk mengaut keuntungan dan kepentingan mereka dengan kebenaran dari badan induk FAM.

“Kini mereka membuat “COMEBACK” dengan cara serta gaya penganjuran yang berbeza agar kononnya tidak akan mendapat tentangan dari pihak penyokong.

“Kepada semua ekor-ekor Harimau Malaya, pihak Ultras Malaya telah sebulat suara untuk tidak menyokong dan memberi walau satu sen kepada para kapitalis yang mengeksploitasi skuad Harimau Malaya kita, dengan kata yang lebih mudah ialah “CURVA OFF” untuk Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiket percuma ke, tiket apa ke, kita “CURVA OFF”,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN