Satu ‘flyer’ daripada ultras Lazio diedarkan kepada para penyokong di mana, kumpulan Ultras Lazio tidak mahu ada wanita di curva mereka.
“Di ruang ‘suci’ ini, kami tidak membenarkan ada wanita, termasuk isteri dan teman wanita (para ultras).”
Bagi mereka ruang itu tak sesuai untuk wanita dan bukan tempat untuk bersuka-suka sambil berswafoto. Di situ juga kerap berlaku pergelutan dan kejadian ganas.
Ultras Lazio memang dikenali sebagai ultras yang paling digeruni di Itali. Hal itu diakui sendiri Paulo Di Canio satu ketika dahulu.
Mereka adalah kumpulan ultras yang paling memeningkan pengurusan bola sepak Itali kerana banyak kontroversi.
“Curva Nord ini bagi kami adalah ruang ‘suci’.”
“Suasana yang tiada kod bertulis tetapi perlu dihormati.”
“Beberapa baris hadapan, seperti biasa akan menjadi kawasan yang pemisah.”
“Di ruang ini, kami tidak menerima kehadiran wanita, isteri dan teman wanita. Kamu hanya boleh berada bermula dari barisan 10 dari belakang, jika mahu berada di sini.”
‘Flyer’ itu diedarkan di sekitar persiaran Villa Borghes dan beberapa seksyen tempat duduk di dalam stadium.
Ramai yang mengaggap tindakan ultas ini sebagai keterlaluan. Pada Februari 2017 mereka telah mengejek pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly dengan chant perkauman.
Pada 1998, mereka pernah mensasarkan ultras Roma dengan menaikkan banner.
“Auschwitz adalah kampung kamu dan oven adalah rumah kamu.”