Mesej Keras Dari Ultras Kelantan Kepada Tan Sri Annuar Musa

Ultras Kelantan, Gate H Boys ternyata tidak berpuas hati dengan Tan Sri Annuar Musa yang dianggap mereka antara individu yang bertanggungjawab di atas kegagalan bola sepak Kelantan dalam beberapa musim ini.

Kelantan menunjukkan prestasi luar biasa pada awal musim, namun selepas rehat separuh musim prestasi pasukan Kelantan menurun.

3 kekalahan daripada 5 perlawanan terakhir. Mereka hanya menang 1 perlawanan daripada tempoh tersebut. Bagi Gate H Boys, Tan Sri Annuar Musa telah menasihatkan KAFA untuk memperbaiki sesuatu yang tidak rosak.

Dalam muatnaik status facebook selepas kekalahan pasukan Kelantan di tangan T-Team, Gate H Boys menyampaikan mesej ini kepada penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

“Ayam b**al Tan Sri Annuar Musa”

“Coach Zahasmi berprestasi baik, kau pergi ambil coach Mat Salleh. Ada striker berprestasi baik, kau diperbodohkan oleh orang lain dan kau bawa masuk striker lain cap ayam.”

“Sejak dua tiga tahun lepas, kau masih menggunakan skrip yang sama sahaja. Awal musim pemain import tak datang trial, kau terus sign. Bila tengah musim dia bermain macam ayam berak kapur, kau nak cari yang lain pula.”

“Macam mana duit tak habis? Mana maca hutang tak keliling pinggang?”

“Orang kutuk kau, kau suruh dia jadi presiden. Orang tembak kau, kau suruh cari pemain import sendiri. Kalau di jersi tu, penuh stiker sponsor, sampai kalu boleh, nak tampal atas dahi pemain sekali.”

“NAMA SAJA PENAJA, PADAHAL DUIT TAK MASUK PUN, MENYAMAR SAJA LEBIH !”

“Kita orang miskin kita buat cara orang miskin. Jangan duduk ikut kepala orang kaya. Jurulatih saja dah ada dua tiga orang, lepas tu boleh pula ambil pengarah teknikal kepala b**t*t kau.”

“Patutnya gunakan habis-habisan apa yang ada. Ikut cara kampung kita.”

“Satu lagi perangai bodoh KAFA ni, selalu bawa masuk pemain-pemain “sakit”. Duduk “pelihara” pemain-pemain sakit ni, pemain muda kau tak mahu naikkan.”

“Pemain muda kita kini terpaksa kalut mencari pasukan luar. Sedang kita masih lagi gunakan pemain-pemain “sakit” yang orang lain buang. Tak kiralah, kali ini semuanya berkaitan walau macam-macam manapun.”

“Sudah-sudahlah simpan “pemain tua”. Sudah tamat zaman kegemilangan mereka dan duduk menghabiskan beras dalam simpanan sahaja.”

“Sepatutnya ada seorang dua sahaja pemain senior ada dalam pasukan sebagai motivasi kepada pemain-pemain muda kita. Ini tegur sikit, kata marah. Tak cakap apa-apa nanti bebal tak tentu arah.”

“Tunggulah aku meleter dengan lebih terperinci lagi.”

“Tiga orang coach (taraf head coach) yang tak saling tumpah macam orang kaya yang tak pernah putus duit.”

1. Matsaleh ( pengarah teknikal / coach )
2. Zahasmi ( coach )
3. Coach siam ( asst coach )
4. Sidek ( asst coach. Kan? )

“Gomo tetap gomo.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN