Ultras Inter Beritahu Lukaku Bahawa Siulan Bunyi Monyet Bukan Rasis

Ultras Inter Milan ataupun Curva Nord Inter Milan, menyatakan sokongan mereka kepada penyokong Cagliari.

Curva Nord juga memberitahu Lukaku bahawa, di Itali, penyokong menggunakan siulan bunyi monyet sebagai satu perang saraf kepada pemain lawan, dan bukan merujuk kepada ejekan rasisme.

Lukaku diejek dengan bunyi monyet oleh penyokong Cagliari dalam kemenangan 2-1 Inter pada Ahad lalu.

https://twitter.com/i/status/1168388079658258432

Lukaku jelas kecewa dan menganggap bahawa bola sepak sedang mengundur ke belakang, kerana tiada tindakan lebih tegas diambil.

Lukaku kemudian meminta kesemua pemain untuk bersatu menentang apa sahaja jenis diskriminasi dan menyatakan bahawa bola sepak seharusnya dinikmati semua orang.

Rakan sepasukan beliau, Skriniar antara yang lantang memberikan sokongan kepada Lukaku. Jadon Sancho juga antara yang terawal memberikan sokongan kepada Lukaku.

Curva Nord kecewa kenyataan Lukaku

Malang sekali, Curva Nord tidak bersetuju dengan Lukaku. Mereka memberikan respon yang agak mengejutkan ramai pihak. Curva Nord, malah, menuduh Lukaku memperbesar-besarkan isu yang tidak wujud.

Curva Nord menegaskan, masalah perkauman bukannya isu yang besar di Itali sambil menegaskan di Itali para penyokong sendiri berbeza warna kulit.

Satu warkah terbuka ditujukan kepada Lukaku menerusi Facebook mereka berkata:

“Hai Romelu [Lukaku]. Kami di sini menulis untuk kamu, mewakili Curva Nord; ya, mereka yang mengalu-alukan kedatangan kamu di Milan.”

“Kami sangat sedih dengan pandangan kamu, bahawa yang berlaku di Cagliari adalah satu bentuk rasisme. Kamu harus memahami bahawa di Itali, kami juga seperti kebanyakan negara Eropah lain, di mana, isu rasis bukan masalah utama di sini.”

“Chant seperti itu biasanya kami – para penyokong – lakukan demi menolong pasukan. Kami bukan rasis, dan begitu juga dengan penyokong Cagliari.”

Seterusnya, Ultras Inter Milan menegaskan, bakat yang hebat pada Lukaku membuatkan beliau menjadi sasaran perang saraf/psikologi oleh penyokong Cagliari.

“Tolong fahami sikap penyokong bola sepak Itali. Ia adalah salah satu cara penyokong di Itali menghormati bakat kamu. Ini kerana mereka gerun dengan gol yang kamu bakal jaringkan berhadapan pasukan mereka, bukan sebab mereka benci kamu ataupun sebab mereka rasis.”

“Rasis yang sebenar adalah cerita yang sangat berbeza sekali. Dan kesemua penyokong di Itali sudah masak dengan semua ini.”

“Apabila kamu mengumumkan bahawa rasisme merupakan masalah yang harus ditentang di Itali, ia telah mendorong kepada imej buruk semua penyokong di Itali, termasuk kami.”

“Dan kamu telah menyumbang kepada mencetuskan masalah yang sebenarnya tidak wujud.”

“Kami sangat sensitif dan inklusif kepada semua orang.”

“Kami memberikan kamu jaminan, bahawa dalam organisasi kami, ramai penyokong yang berbilang bangsa dari seluruh Itali.”

“Kami menggunakan cara provokatif ke atas lawan, walaupun mereka sama bangsa dan daripada kawasan yang sama dengan kami.”

“Tolong jelaskan kepada kami apa itu rasis? Dan penyokong di Itali tidak rasis.”

“Perjuangan membendung rasis yang sebenar bermula di sekolah bukannya di stadium, di mana para penyokong berkelakuan berbeza, di dalam stadium dengan kelakuan dalam kehidupan seharian.”

“Saya boleh jamin, apa yang mereka katakan kepada pemain lawan yang berbeza bangsa, tidak akan mereka ucapkan kepada seseorang yang mereka jumpa di luar stadium.”

“Penyokong Itali mungkin bukan sempurna, tetapi kami memahami kekecewaan kamu dengan kenyataan ini, namun mereka [penyokong Cagliari] tidak berniat rasis.”

Respon orang ramai

Ramai penyokong yang kecewa dengan kenyataan Curva Nord ini, termasuk para penyokong Inter Milan.

Ada yang meminta penjelasan, jika betul bunyi monyet itu bukan serangan perkauman, kenapa sehingga hari ini siulan itu hanya ditujukan kepada pemain berkulit hitam sahaja? Ada pemain kulit putih yang pernah terkena dengan siulan seperti itu?

Ada juga menganggap kenyataan ultras Inter ini sebagai memalukan.

https://twitter.com/SENSIzionale/status/1168956945799270401

Mereka menganggap kenyataan Curva Nord ini sebagai satu penafian dan menyalahkan mangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN