Ultras Garuda Indonesia Utus Surat Rasmi Mohon Kebenaran Protes Di Konsulat Malaysia

Petang semalam tular surat rasmi yang diutus oleh Ultras Garuda Indonesia (UNI) kepada Ketua Polis Pekanbaru untuk membenarkan kumpulan penyokong garis keras itu melakukan protes di hadapan Konsulat Malaysia di bandar tersebut.

Surat bertarikh 23 November tersebut yang diutus beserta kepala surat, merancang untuk melakukan protes pada hari ini dari pukul 1 tengah hari sehingga 3 petang waktu tempatan.

Protes tersebut akan dianggotai oleh Ultras Garuda Cawangan Riau, dan satu lagi kumpulan penyokong yang digelar Aliasi Suporter Riau.

Protes yang dirancang di hadapan Konsulat Malaysia ini adalah susulan perlawanan bola sepak saingan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Dalam perlawanan tersebut, Indonesia mendakwa penyokong mereka dikasari oleh penyokong pasukan negara.

Selain daripada ditahan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) – sehingga baru-baru ini tular sebuah video palsu yang dikaitkan dengan penyokong pasukan negara tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Surat tersebut turut mengandungi empat tuntutan iaitu permohonan agar penyokong bola sepak Indonesia yang ditahan untuk dibebaskan, dan kegiatan keganasan penyokong Malaysia terhadap penyokong Indonesia disiasat.

Kumpulan tersebut turut mendesak agar Kerajaan Malaysia melakukan permohonan maaf kepada penyokong dan masyarakat Indonesia, selain memulihkan kembali nama baik sahabat mereka yang digelar pengganas.

Daripada surat itu juga, kira-kira 2,000 anggota kedua-dua kumpulan dijangka akan menyertai protes.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN