Presiden Bayern Munich akhirnya melancarkan serangan ke atas pemain beliau sendiri selepas kecewa dengan keputusan 3-3 dicatatkan Bayern menentang pasukan kerdil Fortuna Duesseldorf.
Hoeness menyifatkan pemain Bayern Munich terlalu banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya di dalam perlawanan ini.
Bayern Munich melepaskan 2 gol pendahuluan dan juga 2 mata berharga pada masa kecederaan. Bayern Munich kini berada di tangga ke-5 – dengan 9 mata dibezakan daripada pendahulu – Borussia Dortmund yang menang 2-1 ke atas Mainz.
Dodi Lukebakio menjaringkan hatrik untuk Fortuna bagi mengikat Bayern Munich di Allianz Arena dengan jaringan 3-3.
#Bundesliga matchday ⚽️🇩🇪#Bayern collapse late to drop two points against Fortuna Düsseldorf
Read @ManuelVeth's #FCBF95 match report right HERE 👉https://t.co/NrUwQzjKip pic.twitter.com/esONdkLeT7
— The Gegenpressing Podcast and Newsletter (@Gegenpress_Pod) November 24, 2018
Bayern mendahului 2 gol menerusi Niklas Sule dan Thomas Muller. Namun sebelum rehat Dodi Lukebakio merapatkan jurang kepada 2-1.
Bersambung babak kedua, Muller sekali lagi meletakkan Bayern Munich 2 gol di hadapan dengan gol pada minit ke-58. Namun kelekaan Bayern Munich membawa padah. Lukebakio merapatkan jurang pada minit ke-77, kemudiannya beliau menjaringkan hatrik pada masa kecederaan 90+3.
Uli Hoeness berang dengan keputusan itu dan menganggap ia tidak boleh diterima. Hoeness berkata: “Apa yang berlaku hari ini [semalam] adalah tidak boleh diterima. Saya kini harus mengambil masa untuk pulih daripada kejutan seperti ini. Ianya akan menajadi malam yang sukar untuk isteri saya.”
“Kami perlu mengenalpasti – kenapa kami bermain bola sepak yang teruk seperti ini. Ianya bola sepak yang tidak ada apa-apa inspirasi langsung. Pemain melakukan kesilapan bodoh.”
Uli Hoeness memberikan jaminan Bayern Munich akan tetap menyokong Kovac. Beliau menafikan spekulasi bahawa Niko Kovac bakal dipecat selepas keputusan buruk ini. Hoeness juga percaya Bayern Munich masih dalam persaingan kejuaraan Bundesliga.
“Kami harus tidur dengannya [keputusan buruk]. Niko Kovac sudah pasti akan menjadi jurulatih kami menentang Benfica. Kami akan melakukan beberapa analisis.”