Uli Hoeness Hina Pengarah Sukan PSG, Mahu Henrique Dipecat Kerana Perosak Imej Kelab

Presiden Bayern Munich Uli Hoeness menasihatkan agar PSG pecat Pengarah Sukan mereka Antero Henrique segera jika kelab itu mahu menjaga imej mereka.

Hoeness menyatakan Henrique seorang Pengarah Sukan yang teruk dalam perbicangan perpindahan Jerome Boateng.

PSG cuba membawa Boateng ke PSG. Namun perjanjian itu gagal dimeterai kerana kesuntukan masa dan tiada tindakan susulan daripada Henrique.

“Saya nasihatkan agar PSG pecat Pengarah Sukan mereka dan gantikan dengan orang lain.”

“Orang macam itu (Henrique) tak bagus untuk imej kelab.”

“PSG tak sepatutnya memiliki Pengarah Sukan yang teruk seperti itu jika mereka mahu menjadi kelab terhebat di dunia.”

“Kami minta bayaran €50 juta, itu tanda kami tak mahu jual Boateng kurang daripada harga itu.”

“Kami anggap mereka akan faham bahawa kami dan jurulatih Bayern tak mahu lepaskan pemain ini (kecuali dengan harga yang dimahukan).”

Boateng dilaporkan berminat untuk ke PSG. Bayern awalnya meletakkan Boateng €40 juta namun telah menaikkan tanda harga itu kepada €50 juta selepas PSG menyatakan minat mereka.

Hoeness bengang kerana PSG dianggap tak serius dalam urusan perbincangan.

PSG menghantar surat rasmi pada awalnya. Tetapi selepas Bayern menaikkan harga kepada €50 juta, PSG dikatakan berdiam diri dan tiada menghantar sebarang surat susulan.

PSG mungkin tidak menghantar bidaan kerana kenaikan harga mengejut oleh Bayern Munich.

Dan kami tak pasti sama ada Hoeness benar-benar tak nak jual Boateng ataupun cuba sedaya upaya menjual pemain itu.

Ini kerana kenaikan harga itu dilihat masih mampu milik untuk kelab seperti PSG. Dan Hoeness pula bengang kerana perjanjian itu tiada penghujungnya.

Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamdmizic juga menganggap PSG bermain taktik pelik dalam perpindahan Boateng.

“Saya tak nak menyinggung sesiapa, tetapi anda tidak boleh berbuat begitu di Bayern Munich untuk perpindahan pemain seperti Boateng.”

“Kami hanya akan menjual atas beberapa pertimbangan iaitu, kami yang mahu menjual pemain, ada kelab yang berminat dan kemudian pemain setuju dengan perpindahan itu.”

Namun begitu Hasan Salihamidzic tak setuju dengan kenyataan Hoeness. Beliau berpendapat, Henrique seorang Pengarah Sukan yang baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN