Ini Sebab Uli Hoeness Enggan Terima Kenyataan Bahawa Bayern Munich Kini Di Tempat Ke-3

Sebelum sepak mula minggu ini, Bayern Munich berada di tangga ke-3 di belakang Borussia Dortmund dan Borussia Mochengladbach. Ini adalah kedudukan mereka ketika ini:

Berdasarkan peraturan semasa di Bundesliga – pelerai ikatan (Tie breaker) – untuk pasukan yang terikat mata adalah berdasarkan keutamaan berikut – mengikut keutamaan:

1. Perbezaan jaringan
2. Jumlah gol
3. Rekod pertemuan (head to head) dalam musim tersebut berdasarkan mata
4. Rekod gol daripada head to head dalam musim tersebut
5. Rekod gol tempat lawan daripada head to head dalam musim tersebut
6. Jumlah jaringan tempat lawan untuk satu musim

Jadi, keutamaan paling tinggi jika pasukan yang sama mata adalah perbezaan jaringan. Jika nombor 1 itu terikat barulah ditentukan berdasarkan pertimbangan nombor 2 dan berikutnya.

Dalam kedudukan semasa – Bayern Munich sama mata dengan Borussia Mochengladbach – namun Gladbach di atas mereka kerana perbezaan jaringan yang lebih baik iaitu 11 berbanding Bayern Munich yang hanya 7.

Bercakap kepada Sportchau, Uli Hoeness menyatakan pasukan mereka kini berada di tangga ke-2 dan bukannya Borussia Mochengladbach. Ini kerana menurut beliau, Bayern Munich pasukan yang lebih baik – berbanding Gladbach – walau apa sahaja jumlah perbezaan jaringannya sekarang.

Uli Hoeness berkata: “Setahu saya, pada ketika ini kami berada di tempat kedua.”

Wartawan kemudiannya menyampuk menyatakan: “Tetapi Gladbach berada di atas pasukan anda sekarang”

Hoeness dengan serius menjawab: “Adakah mereka memiliki mata yang lebih banyak daripada kami? – Tidak bukan? – Jadi saya tak kisah pun pasal perbezaan jaringan.”

Kenyataan Uli Hoeness itu mendapat kritikan dan digelakkan oleh netizen. Ada yang menganggap Hoeness sebagai gambaran sebenar kepada pengurusan Bayern Munich yang semakin hilang karakter. Mereka semakin melatah apabila berada di bawah pasukan lain.

Ada juga yang menyindir – ini petanda Bayern Munich akan membeli belah di 2 kelab ‘Borussia’ iaitu di Dortmund dan Mochengladbach pada Januari ini – jika keadaan ini berterusan.

Ianya mengingatkan kita kepada kenyataan Mourinho satu ketika dahulu yang menyatakan – beliau tak suka dengan Bundesliga kerana cara Bayern Munich mendominasi Bundesliga adalah dengan cara membunuh ataupun melemahkan lawan mereka.

Bercakap kepada Telegraph pada Februari 2017 – Mourinho berkata: “Di Jerman, Bayern Munich mulai memenangi liga menjelang musim panas. Mereka akan pergi ke Borussia Dortmund. Mereka ke sana untuk membeli pemain terbaik di sana, setiap tahun.”

“Satu hari mereka ke sana, dan dapat Robert Lewandowski. Tahun depan, ke sana lagi, dapat Mario Gotze. Tahun seterusnya mereka pergi ke sana lagi, Mats Hummels. Sebab itu mereka sudah pun menang liga pada musim panas.”

Ada juga yang meminta Uli Hoeness mengulas kedudukan semasa di Bundesliga.2 di mana ada 5 kelab berkongsi 17 mata ketika ini -hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan. Siapa sepatutnya no.8 menurut pandangan Hoeness.

Bayern Munich akan berhadapan dengan Borussia Dortmund di Signal Iduna Park dalam Der Klassiker pada 1.30 pagi esok waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN