Pengadil legenda, Subkhiddin Mohd Salleh tampil menjelaskan secara terperinci tentang insiden panas yang berlaku ketika aksi pertemuan antara Malaysia bertemu Vietnam di My Dinh Stadium malam semalam.
Telah berlaku insiden panas dalam perlawanan tersebut yang mana pengadil perlawanan Ryuji Sato membuat keputusan-keputusan yang mencetuskan pertikaian peminat.
Terdapat beberapa keputusan yang sangat meragukan dari Ryuji Sato dalam perlawanan tersebut dan yang paling mencetuskan kemarahan peminat adalah insiden yang berlaku pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut.
" Mungkin pengadil terlepas pandang insiden pertama pemain Vietnam "
Bekas pengadil FIFA , Subkhiddin Mohd Salleh memperjelaskan insiden penalti dan kad merah , Azam Azmi
Saksikan perjelasan lebih lanjut di Youtube Astro Arena pic.twitter.com/k4cd4HcOXj
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 27, 2022
Ryuji Sato telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam dan turut melayangkan kad merah kepada pemain Malaysia, Azam Azmi.
Telah berlaku satu insiden kontroversi pada minit ke-58 permainan yang mana bintang Vietnam, Doan Van Hau bertembung dengan Azam Azmi dan kedua-dua pemain berguling hingga ke luar kawasan permainan.
Pengadil dari Jepun itu kemudiannya telah memberhentikan perlawanan dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam.
Para pemain dari skuad Harimau Malaya kemudiannya tampil untuk cuba membantah keputusan pengadil namun Ryuji Sato tetap dengan pendirian beliau.
Ryuji Sato kemudiannya mendapatkan pandangan dari penjaga garisan dan beliau kemudiannya memutuskan untuk melayangkan kad merah kepada Azam Azmi.
“Bertindak Ganas Kena Hukumlah” – Park Hang-seo Hairan Kenapa Penalti Vietnam Dipertikaihttps://t.co/GRw9OwL0fp
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 28, 2022
Keputusan dungu dari pengadil perlawanan tersebut jelas sekali mengejutkan semua pihak kerana tiada siapa terfikir bahawa insiden itu bakal memberi kelebihan yang begitu besar kepada skuad Vietnam.
Azam Azmi mungkin ada bertindak balas terhadap pemain pertahanan Vietnam itu, namun keputusan pengadil tetap meragukan kerana Doan Van Han juga turut ada melakukan kesilapan.
Bintang Vietnam itu bahkan terlebih dahulu melakukan kekasaran sebelum Azam Azmi memberi tindak balas.
Dek kerana terlalu banyak pertikaian, maka pihak Astro cuba mendapatkan pengadil legenda, Subkhiddin Mohd Salleh untuk menjelaskan secara terperinci tentang insiden tersebut.
“To be honest saya tak tengok live tadi, tapi apa nama, rakan kita daripada Astro dah hantarkan insiden klip tersebut dan saya dapat faham kenapa insiden itu berlaku dan ada 2 senario lah.”
“Azam Dah Buat Yang Terbaik”- Faisal Halim Nasihat Pemain Muda Belajar Daripada Pengalamanhttps://t.co/4QBzblHrLR
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 28, 2022
Jelas Subkhiddin memulakan perbicaraan beliau bersama Burn.
“Yang pertamanya kita kena faham dulu undang-undang, jika insiden tersebut berlaku di luar garisan sempadan permainan dan berhampiran dengan kawasan penalti, contohlah insiden yang kita lihat sebentar tadi ya,”
“Insiden itu berlaku di belakang garisan gol dan berhampiran ataupun bersempadan dengan kawasan penalti, dan pada ketika insiden tersebut, bola masih lagi dalam permainan.”
Tambah bekas pengadil FIFA yang kini berusia 56 tahun itu.
“Jadi mana-mana insiden berlaku berhampiran kawasan penalti atau diluar sempadannya, maka pengadil perlu mulakan semula permainan dengan sepakan penalti, sebab itu berlaku di kawasan penalti.”
Isu Pengadilan Kontroversi Ryuji Sato Bukan Pertama Kali Dibuat Untuk Malaysiahttps://t.co/LzJCzJhmSn
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 27, 2022
“Cuma untuk lebih detail lagi, pada pandangan saya, sepatutnya kesalahan pertama dilakukan oleh pasukan Vietnam, jadi infomation pertama perlu diberikan kepada pengadil adalah kesalahan dilakukan oleh pemain Vietnam.”
“Kemudian berlaku pula retalation, ataupun tindak balas dari pemain Malaysia yang saya tak pasti sebab dalam video itu tak berapa jelas.”
“Jadi kalau berlaku retalation tu, maksudnya kalau perlu kad merah, maka kad merahlah kepada pemain Malaysia, tetapi perlu dimulakan semula dengan sama ada direct free kick untuk insiden pertama itu tolak ataupun charging yang agak careless dari pemain Vietnam,.”
“Sepatutnya pada pandangan saya adalah direct free kick untuk pasukan Malaysia dan insiden selepas itu, red card untuk pemain Malaysia, kalau benar dia ada lakukan retalation dengan menyepak atau sebagainya ke atas pemain lawan.”
Hello @FIFAcom, please investigate your corrupt Japan refferee Ryuji Sato pic.twitter.com/SH1z4jyTgW
— Nather (@iZafieqZaidi) December 27, 2022
“Jadi mungkin pengadil terlepas pandang insiden pertama yang dilakukan oleh pemain Vietnam dan itulah pandangan saya.”
Subkhiddin kemudiannya mengakhiri ulasan beliau dengan memutuskan:
“Jadi untuk penalti kalau katakan dia terlepas yang pertama, dia tak berikan hukuman untuk pertama maka penalti tu betul lah, kalau kesalahan pemain Vietnam itu tak dikira sebagai satu kesalahan.”
Subkhiddin turut menjelaskan yang Malaysia boleh membuat aduan rasmi kepada penganjur berkait insiden tersebut, namun keputusan perlawanan tetap tidak boleh diubah.
The ref is the same guy who refereeing this match
Ryuji Sato#AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/3efHkVGIJ8— ketpish is fahmi. (@ketpish) December 27, 2022
Ini bukanlah kali pertama Ryuji Sato membuat keputusan yang menzalimi Malaysia dengan beliau sebelum ini turut pernah melakukan hal yang sama.
Beliau pernah menghadiahkan sepakan penalti juga kepada Vietnam ketika bertemu Malaysia dalam aksi kelayakkan Piala Dunia di Dubai pada tahun lalu.
Tidak pasti sama ada Ryuji memang penyokong Vietnam atau beliau memang benci Malaysia, namun satu hal yang pasti, insiden yang berlaku malam semalam, perlu diketengahkan oleh Malaysia supaya hal sama tidak berulang lagi di masa hadapan.