United Kingdom (UK) dan Ireland telah selesai menghantar bidaan akhir bagi menganjurkan kejohanan Euro 2028. Ini bermakna terdapat lima pasukan tuan rumah yang terdiri daripada England, Scotland, Wales, Ireland Utara dan Republik Ireland.
The Guardian melaporkan pasukan pembida juga telah menyenaraikan 10 stadium sebagai venue pertandingan yang menjanjikan lebih banyak tiket perlawanan berbanding kejohanan-kejohanan Eropah yang pernah dipertandingkan sebelum ini.
Lokasi 10 venue tersebut terdiri daripada 6 stadium di England iaitu Wembley, Stadium Tottenham Hotspur, St. James Park, Villa Park, Stadium Etihad dan stadium baharu Everton, seterusnya satu stadium di setiap empat negara lain iaitu Stadium Principality, Cardiff (Wales), Hampden Park, Glasgow (Scotland), Casement Park, Belfast (Ireland Utara dan Aviva Stadium, Dublin (Republik Ireland).
🏟️ The 10 host stadiums for the UK & Ireland's Euro 2028 bid:
🏴 Wembley
🏴 Principality
⚪️ Tottenham Hotspur
🔵 Etihad
🔵 Everton's new Bramley-Moore Dock Stadium
⚫️ St James' Park
🟣 Villa Park
🏴 Hampden Park
🇮🇪 Aviva
🇬🇧 Belfast's new Casement ParkAny surprises? 🤔 pic.twitter.com/GM97f7ZBwH
— SPORTbible (@sportbible) April 12, 2023
“Kerjasama lima hala kami akan menghasilkan UEFA Euro yang memecahkan rekod dan tidak akan dilupakan,” ujar Debbie Hewitt, pengerusi bidaan UK dan Ireland dalam satu kenyataan.
“Kami akan bekerjasama tanpa mengenal penat lelah untuk menjadi rakan kongsi terbaik uat UEFA dan menjayakan setiap keutamaan bersama. Kami akan berikan tumpuan untuk mengembangkan bola sepak, berhubung serta melibatkan peminat, pemain dan sukarelawan baharu.
“Kami akan melabur £50 juta (RM275 juta) setiap tahun ke dalam pembangunan bola sepak akar umbi di lima persatuan bola sepak kami.
“Bersama-sama, kami mahu UEFA Euro 2028 menjadi meabgkin kepada era baharu dan mampan untuk bola sepak dari peringkat akar umbi hinggalah ke kemuncak perlawanan Eropah.”
Bersama bidaan tersebut, dizahirkan sokongan oleh kelima-lima kerajaan negara terlibat dan disertakan kenyataan bersama oleh Perdana Menteri UK Rishi Sunak, Menteri Pertama Scotland Humza Yousaf, Menteri Pertama Wales Mark Drakeford dan Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar.
“Bersama-sama, negara-negara kami akan menganjurkan UEFA Euro 2018 yang menakjubkan,” ujar kenyataan bersama itu.
“Ia akan menjadi acara sukan terbesar yang pernah dianjurkan secara bersama oleh pulau-pulau kami – sambutan yang penuh semangat dan tidak akan dilupakan, dengan manfaat jangka panjang untuk bandar dan komuniti kami serta semua warga bola sepak Eropah.
🟢 Our EURO 2028 Bid is in! ⚽️
The Ireland & UK final bid to host EURO 2028 was submitted to @UEFA today, with support confirmed by the Irish Government.
I am confident that Ireland can co-host a fantastic tournament for football fans, which will place us on the world stage. pic.twitter.com/mM4pxXM9HM
— Thomas Byrne (@ThomasByrneTD) April 12, 2023
“Sebagai kerajaan kami komited sepenuhnya untuk menganjurkan UEFA Euro 2028. Berdasarkan pengalaman kolektif kami dalam menganjurkan acara-acara besar, kami akan bekerjasama penuh dengan lima persatuan bola sepak dan UEFA bagi menjayakan kejohanan terbaik iaitu festival yang menarik, selamat dan mengalu-alukan setiap pemain, penyokong dan seluruh keluarga UEGA untuk dinikmati di setiap bandar pada setiap perlawanan.
“Kami berbesar hati untuk menjayakan kejohanan yang benar-benar menghidupkan visi kami. Bersama UEFA, kami akan membina tradisi yang membanggakan dengan menggunakan kuasa bola sepak untuk memberi inspirasi dan mencipta peluang baharu untuk seluruh warga dan komuniti bola sepak UK dan Ireland kini dan generasi akan datang.
“UEFA Euro 2028 kami yang unik dan belum pernah berlaku sebelum ini akan mengalu-alukan dunia kepada destinasi ikonik dan paling penting adalah untuk menyatukan semua orang.”
Bidaan tersebut juga membawa slogan ‘Bola sepak untuk semua, bola sepak untuk kebaikan, bola sepak untuk masa depan’ selain menawarkan 80 peratus pemegang tiket akan dapat hadir ke perlawanan dengan menggunakan pengangkutan awam.
Juga dijangkakan penganjuran kejohanan tersebut akan memberi manfaat ekonomi sehinga £2.6 bilion (RM14.3 bilion).
Old Trafford yang merupakan gelanggang rasmi Manchester United tidak dipilih sebagai salah satu venue pertandingan meskipun ia kerap digunakan oleh FA England bagi perlawanan-perlawanan penting melibatkan skuad Three Lions, terutamanya ketika kerja-kerja pengubahsuaian Wembley sedang berjalan beberapa tahun lalu.
Ia juga digunakan ketika keohanan Euro Wanita 2022 pada musim panas lalu dan akan terus diigunakan untuk aksi kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia pada Jun ini.
Sebaliknya Stadium Etihad milik Manchester City yang telah dipilih dalam bidaan rasmi yang menyatakan kapasiti stadium tersebut adalah sebanyak 61,000 ribu tempat duduk. Ini bermakna City akan membuat penambahan daripada 53,400 kerusi sedia ada dalam masa terdekat.
Official: #ManCity's Etihad Stadium is among the final list of stadia submitted as part of the UK & Ireland’s UEFA EURO 2028 bid.
As reported last week, the Etihad Stadium has been selected ahead of Old Trafford – which was seen as 'in need of an upgrade'. pic.twitter.com/lCDxtx0tTR
— City Xtra (@City_Xtra) April 12, 2023
Casement Park di Belfast pula tidak digunakan sebagai venue sukan sejak 2013 disebabkan kerja-kerja pembangunannya tertangguh akibat isu pembiyaan, tetapi ia tetap dimasukkan di dalam senarai 10 stadium yang terlibat dalam bidaan.