UiTM FC Sasar Kekal Dalam Liga Super 2022, Idam Ke Pentas Asia

UiTM FC

Pencapaian baik dicapai dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 memberikan keyakinan buat UiTM FC untuk meletakkan sasaran lebih tinggi bagi menghadapi kempen musim baharu.

Di samping mensasarkan untuk terus kekal dalam persaingan Liga Super 2022, kelab yang menamatkan saingan musim ini di tempat keenam itu turut mengintai peluang untuk beraksi dalam kempen Piala AFC.

Keyakinan itu disuarakan oleh Presiden UiTM FC,  Prof Dr. Azizan Abdullah dalam sidang media khas bagi menandatangani kontrak Ketua Jurulatih, Frank Bernhardt bersama-sama sembilan pemain tempatan yang dikekalkan.

Dalam perkembangan sama, UiTM FC masih lagi menagih khidmat jurulatih kelahiran Jerman itu apabila mengikat kontrak selama setahun dalam misi untuk menjelmakan pencapaian lebih baik pada musim baharu nanti.

”Kita bagi [tawarkan] kontrak setahun untuk ‘coach’ Bernhardt,” ujar Azizan bercakap kepada wartawan.

”KPI [Petunjuk Prestasi Utama] yang saya mahu pertamanya kita dapat kekal dalam saingan Liga Super, yang kedua kita dapat masuk ke [Piala AFC] untuk musim seterusnya.”

”Prestasi pada musim ini pun memang terbaik, kita dapat nombor enam dalam Liga Super dan ini merupakan pencapaian yang cukup baik buat UiTM FC.”

”Dengan bajet yang agak rendah tetapi kita dapat mempamerkan prestasi yang terbaik untuk bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi di Malaysia ini,” tambah Azizan lagi.

Sembilan pemain yang dikekalkan ialah Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri, Muhammad Azam Jais, Muhammad Afif Asyraf Mohamad Zabawi, Muhammad Faizal Mohd Arif, Ahmad Khuzaimi Piee, Muhamad Nashran Elias, Mohammad Shafiq Al Hafiz Dawawi, Muhammad Nazirul Hasif Mailang dan Muhamad Rafie Mat Yaacob.

Kredit featured image: UiTM FC Media

Baca artikel lain dari kami tentang perkembangan terkini bola sepak tempatan:

Langkah Rodney Calvin Untuk Ke Alor Setar Tersekat, Kekal Di Selangor

Ini Respon Ketum PSSI Mengenai Tawaran Kepada Pemain Indonesia Daripada Liga M

‘Are You Retiring Lee?’ Antara Reaksi Selepas Lee Tuck Ucap Selamat Tinggal Terengganu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN