Belum memulakan aksi bersama skuad Kelantan namun pemain import terbaharu mereka, Christian Rontini sudah menerima warkah ‘cinta’ dari peminat setia pasukan tersebut.
Lebih malang, ia bukan menerima kata-kata semangat sebalik ia menerima mesej berbaur ugutan membunuh.
“You should know if you play not good in kelantan you will be die.”
Tindakan tidak bertamadun ini sudah pasti memberi impak sangat buruk terutama kepada pemain itu sendiri.
Menurut pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, sepatutnya peminat harus menunjukkan budaya Malaysia yang penuh peramah dan beradap bukannya melayan tetamu sebegitu rupa.
Malah budaya Kelantan itu sendiri cukup sinonim dengan tatasusila di kalangan rakyat Malaysia.
“Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan penyokong Kelantan yg menghantar ugutan bunuh kepada pemain baru Kelantan Christian Rontini.
“Sepatutnya sebagai penyokong yg bijaksana haruslah menyambut baik kehadiran pemain baru, lebih lagi Rontini adalah pemain import yang harus ditujukkan budaya Malaysia yang peramah dan baik.
“Lebih lagi budaya masyarakat Kelantan yg bertatasusila selagi tidak kacau,” kata Norizam.
Beliau memandang serius kejadian ini dan telah membuatkan laporan polis dan melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat perkara ini lebih mendalam.
Diharapkan apa yang terjadi ini menjadi iktibar kepada semua peminat kerana tindakan sedemikian mampu mencalarkan reputasi pasukan dan Liga Malaysia.