Dua kelab Inggeris beraksi di suku akhir kedua UEFA Europa League pada awal pagi tadi dan mara ke separuh akhir. Kemaraan tersebut bermakna kemungkinan perlawanan akhir nanti akan mempertemukan dua kelab Inggeris.
Manchester United mudah menewaskan Granada 2-0 untuk layak ke separuh akhir dengan agregat 4-0. Manakala Arsenal turut masih berpeluang memburu trofi kejuaraan sekaligus menyelamatkan musim mereka apabila menundukkan Slavia Prague 4-0 pada awal pagi tadi untuk layak ke separuh akhir dengan agregat 5-1.
Berikut adalah antara fakta-fakta menarik dari kedua-dua perlawanan.
Man Utd 2-0 Granada (Agregat 4-0)
Cavani kembali berbisa
Edinson Cavani adalah salah seorang pemain yang menyinar ketika Manchester United menewaskan Tottenham 3-1 pada hujung minggu lalu. Penyerang antarabangsa Uruguay ini mengulangi rentak cemerlang di hadapan gol dengan jaringan melalui sentuhan pertamanya dalam perlawanan menentang Granada pada awal pagi tadi.
Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu menghasilkan gol melalui satu voli menarik, selepas Granada memberikan ruang yang cukup luas untuk Cavani berbuat demikian.
Edinson Cavani has now scored 50 European goals in his career.
Pure goalscorer 🏹 pic.twitter.com/6FfF7XwV1w
— utdreport (@utdreport) April 15, 2021
Ia sentiasa menghihurkan apabila menyaksikan Cavani berada di dalam prestasi terbaiknya, dengan aksi klinikal dan prolifik menjaringkan gol seperti mana yang kita semua tahu beliau mampu lakukan.
Jaringan pada awal pagi tadi adalah yang ke-50 untuk Cavani di semua pertandingan eropah, dan merupakan yang pertama untuknya buat Manchester United.
Manchester United menambah satu lagi jaringan melalui gol sendiri pemain Granada pada masa kecederaan. Prestasi baik Cavani tiba tepat pada masanya buat Manchester United yang memburu trofi pertama mereka di era Ole Gunnar Solksjaer.
Tuanzebe bukti squad depth Man Utd amat baik
Perlawanan pada awal pagi tadi adalah perlawanan pertama di mana Axel Tuanzebe berada di dalam kesebelasan utama sejak kekalahan 2-1 kepada Sheffield United pada Januari.
Itu pun kerana ketiadaan Harry Maguire akibat kecederaan dan Eric Bailly. Man Utd menagih aksi meyakinkan dari Tuanzebe dari perlawanan ini, dan kali ini beliau memberikan apa yang diharapkan.
Axel Tuanzebe’s game by numbers vs. Granada:
93% pass accuracy
54 accurate passes
4 ball recoveries
4 duels won
3 long passes completed
3 clearances
2 interceptionsStrong display. 👏 pic.twitter.com/R8yz1yIYNT
— Statman Dave (@StatmanDave) April 15, 2021
Sepanjang perlawanan, Tuanzebe menampilkan aksi tenang, kompak, dan tanpa sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah. Tuanzebe jelas memberikan kekuatan squad depth yang diperlukan Man Utd.
Prestasi baik beliau dalam perlawanan ini turut memperbaharui karier dan peluang beliau bersama Man Utd selepas ini.
Satu lagi separuh akhir
Manchester United kini mara ke separuh akhir kelima mereka sejak berada di bawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer.
Di sinilah cabaran sebenar menunggu selepas Red Devils tersekat dalam semua saingan peringkat separuh akhir sebelum ini – termasuk kepada Sevilla di Europa League pada musim lalu.
Granada di suku akhir mungkin adalah perlawanan mudah buat anak buah Solskjaer.
Tetapi menanti di separuh akhir selepas ini ialah AS Roma yang turut memiliki bekas pemain Red Devils, Hanrikh Mkhitaryan dan Chris Smalling.
Slavia Prague 0-4 Arsenal (Agregat 1-5)
No Aubameyang, No Problem
Selepas sekadar diikat 1-1 di tempat sendiri sebelum ini, Arsenal bangkit membuktikan kemampuan sebenar mereka apabila menewaskan Slavia Prague 4-0 di tempat lawan.
Kemenangan kali ini dilakukan tanpa kapten dan penyerang utama mereka, Pirre Emerick-Aubameyang. Aubameyang terlepas perlawanan ini kerana dijangkiti wabak Malaria ketika tugasan antarabangsa bersama Gabon sebelum ini.
14' | Smith Rowe scores ⚽
17' | VAR rules it out ❌
18' | Pepe scores ⚽
20' | Saka wins a penalty 🙏
21' | Lacazette scores ⚽
24' | Saka scores ⚽What a start for Arsenal! 🔥 #UEL pic.twitter.com/qLGIfFBAqR
— GOAL (@goal) April 15, 2021
Nicolas Pepe membuka tirai jaringan untuk The Gunners, sebelum sepakan penalti Alexandre Lacazette dan penyudah Bukayo Saka memberikan pendahuluan selesa 3-0 kepada Arsenal pada babak pertama perlawanan.
Lacazette menjaringkan gol peribadi beliau pada minit ke-77 selepas menyempurnakan hantaran Pepe untuk melengkapkan kemenangan 4-0. Persoalannya kini ialah, adakah Arsenal lebih baik tanpa Aubameyang?
Reunion bersama Emery
Kemenangan pada awal pagi tadi juga akan mempertemukan Arsenal dengan Villareal di separuh akhir. Ini bermakna Arsenal akan berhadapan dengan bekas pengendali, Unai Emery buat kali pertama selepas beliau dipecat dan diganti oleh Mikel Arteta.
Menang 2-1 ke atas Dinamo Zagreb pada awal pagi tadi, Villareal layak ke separuh akhir dengan agregat 3-1.
so it’s arsenal vs villareal in semi finals
and also Arteta vs Unai emery 👀imagine the scenes if emery knocked out arsenal from UEL 😛😂
good ebening… pic.twitter.com/z6SoRXxM5Y
— LFCfooty (@_FootballTwts) April 15, 2021
Sejak megambil alih Arsenal dari Emery, pencapaian Arteta sering kali dijadikan perbandingan dengan pencapaian Emery ketika mengemudi Arsenal.
Perlawanan separuh akhir nanti bakal membuktikan pengurus mana yang lebih hebat.