UEL 2019/20: Perlawanan Inter – Ludogorets Berlangsung Secara Tertutup Kerana Coronavirus

Aksi Inter Milan dalam Piala Europa (UEL) di peringkat 32 pasukan terakhir menentang kelab Bulgaria, Ludogorets akan berlangsung secara tertutup kerana kebimbangan mengenai penularan wabak coronavirus yang semakin serius di Itali.

Pada hujung minggu lepas, empat perlawanan Serie A termasuk melibatkan Inter telah ditangguhkan selepas Menteri Sukan Itali, Vicenzo Spadafora mengarahka supaya semua acara sukan yang berlangsung di wilayah Veneto dan Lombardy ditangguh atau dibatalkan.

Pertemuan di antara pihak kelab, kerajaan Itali dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah berlangsung untuk membincangkan mengenai perlawanan yang akan akan berlangsung pada Khamis ini serta perlawanan Serie A yang akan datang.

“Untuk kejohanan Serie A, kami merancang untuk mengarahkan semua perlawanan berlangsung secara tertutup. Ianya mungkin akan dikuatkuasakan pada hujung minggu ini,” kata pengerusi Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina.

Setakat hari ini, Itali mencatatkan kes positif tertinggi dalam kalangan negara-negara Eropah dengan 165 kes dan sudah pun merekodkan tiga kematian disebabkan virus berkenaan.

Telah banyak sekolah dan koleh ditutup di Milan bermula pada minggu ini, namun sistem pengangkutan awam masih beroperasi seperti biasa.

600 orang penyokong Ludogorets yang sudah merancang untuk bertolak dari Bulgaria dan hadir ke San Siro terpaksa melupakan hasrat berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada perlawanan Serie A di antara Juventus dan Inter pada Ahad ini di Turin akan turut ditangguhkan. Kedua-dua pasukan ketika ini berada di tangga pertama dan ketiga.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte juga membayangkan lebih banyak pertandingan sukan akan ditangguhkan sehingga keadaan bertambah baik.

“Saya juga peminat sukan dan ketika ini kita perlu bersabar. Keutamaan ketika ini adalah untuk mengelak dari orang ramai berkumpul di tempat-tempat awam.”

Di wilayah Lombardy dan Veneto, penduduk telah mula dinasihatkan untuk ‘berkurung’ di rumah masing-masing. Bermula dua minggu akan datang, 50,000 penduduk tidak akan dibenarkan meninggal rumah tanpa kebenaran khas.

Di sekitar kawasan tersebut juga, kebanyakan perniagaan dan sekolah telah menghentikan operasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN