2 pemain graduan Akademi Arsenal iaitu, Joe Willock dan Bukayo Sako menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Eintracht Frankfurt, pasukan yang dianggap boleh memberikan saingan kepada Arsenal.
Seorang lagi pemain graduan Akademi Arsenal, Emile Smith Rowe juga hampir menjaringkan gol dalam perlawanan ini.
Arsenal diberikan tentangan yang hebat oleh pasukan tuan rumah. Di mana, beberapa kali Arsenal diserang, namun mujurlah penjaga gol Arsenal iaitu, Emiliano Martinez cemerlang dalam perlawanan ini.
Eintracht Frankfurt harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak cukup klinikal di hadapan gol. Bas Dost dan Andre Silva masing-masing memiliki peluang keemasan dalam perlawanan ini.
Arsenal membuka tirai jaringan menerusi Joe Willock pada minit ke-38. Willock melakukan pintasan ke kanan dan melakukan percubaan leret. Rembatan itu terbias pada pertahanan lawan dan terus menerjah gawang selepas terkena bawah palang gol.
Arsenal kemudian cuba bermain dengan lebih berhati-hati pada separuh masa kedua. Eintracht Frankfurt memiliki 24 percubaan ke arah gol berbanding hanya 16 dimiliki oleh Arsenal.
Arsenal have faced a shot once every 4.05 minutes on average in their last five games:
18 vs. Burnley
25 vs. Liverpool
13 vs. Spurs
31 vs. Watford
24 vs. EintrachtMaking football look like the NBA. 🏀 pic.twitter.com/ZV4we7GEVo
— Squawka (@Squawka) September 19, 2019
Ini memberikan isyarat bahawa pertahanan Arsenal masih perlu diperbaiki.
10 minit terakhir, Arsenal membunuh perlawanan dengan 2 gol. Gol kedua perlawanan adalah menerusi pemain yang cemerlang, Bukayo Saka pada minit ke-85.
Bukayo Saka is the youngest player to score a Europa League goal for Arsenal.
Just 18 years and 14 days old. 🤩 pic.twitter.com/ibhoQEf8bG
— Squawka (@Squawka) September 19, 2019
Saka terlibat dalam kesemua gol Arsenal dalam perlawanan ini dengan 1 gol dan 2 bantuan gol.
2 minit kemudian Pierre-Emerick Aubameyang memuktamadkan kemenangan Arsenal dengan gol ke-3, sebelum itu beliau terlepas peluang gol dalam situasi peluang terbuka.
Filip Kostic antara pemain yang banyak sekali melakukan ancaman ke gawang Arsenal. Namun gagal untuk menerjah gawang gol.
Tamat perlawanan, 3 gol dan 3 mata untuk Arsenal. Tiada gol dan tiada mata untuk Eintracht Frankfurt.
A message from the man himself!
Top display, @BukayoSaka87 😊
🏆 #UEL pic.twitter.com/xjAXvIqerG
— Arsenal (@Arsenal) September 19, 2019
Permulaa yang sangat baik untuk Arsenal, selaku naib juara UEL pada musim lalu.