UEL 2019/20: Manchester United Akhiri Peringkat Kumpulan Dengan Bergaya

Manchester United

Manchester United menamatkan saingan peringkat kumpulan Liga Europa 2019/20 dengan bergaya selepas berjaya menundukkan  AZ Alkmaar 4-0 pada aksi yang berlangsung di Old Trafford, awal pagi tadi.

Meskipun sudah mengesahkan tempat ke peringkat 32 terbaik, Ole Gunnar Solskjaer dan barisan pemain yang diturunkan jelas tidak memandang remeh pertemuan menentang wakil Belanda ini.

Pemain muda meningkat naik, Mason Greenwood cemerlang dengan dua jaringan manakala Ashley Young dan Juan Mata masing-masing menyumbangkan satu gol.

Keempat-empat gol itu terhasil pada babak kedua selepas aksi 45 minit pertama berkesudahan tanpa jaringan.

Ashley Young membuka tirai jaringan pada minit ke-53 selepas beliau yang tidak dikawal pertahanan AZ Alkmaar melepaskan rembatan hasil hantaran lintang dilakukan Juan Mata.

Hanya berselang lima minit kemudian, giliran Mason Greenwood pula menceriakan penyokong tuan rumah setelah rembatan rendah dari luar kawasan penalti gagal dihalang penjaga gol, Marco Bizot.

Belum pun sempat pasukan pelawat memperkemaskan aksi mereka, Juan Mata menjadikan kedudukan 3-0 selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 susulan kekasaran Jordy Clasie terhadap Greenwood.

Greenwood terus menjadi masalah buat barisan pertahanan skuad bimbingan Arne Slot itu setelah meledak jaringan keempat pada minit ke-62 sekaligus melengkapkan kemenangan 4-0 buat The Red Devils pada perlawanan ini.

Ia menyaksikan Manchester United menamatkan saingan peringkat kumpulan L dengan 13 mata hasil empat kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.

Kekalahan yang dialami AZ Alkmaar bagaimanapun tidak memberikan apa-apa makna kerana kelab tersebut turut akan mengiringi United ke peringkat 32 terbaik selepas menduduki tangga kedua dengan sembilan mata.

Kredit foto: Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN