Manchester United memiliki kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat 1-1 ketika menentang Club Brugge pada perlawanan pertama peringkat 32 Liga Europa (UEL) 2019/20 yang berlangsung sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Jan Breydel Stadion itu menyaksikan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer melakukan enam pertukaran daripada skuad yang menumpaskan Chelsea 2-0 pada aksi domestik tempoh hari.
Team news! ?⚫️#UEL #CluMnu #VerMANU pic.twitter.com/Dsn3fBFSJS
— Club Brugge KV (@ClubBrugge) February 20, 2020
? TEAM NEWS ?
Ole makes 6️⃣ changes to our team for tonight’s game!#MUFC #UEL
— Manchester United (@ManUtd) February 20, 2020
Pasukan pelawat terlebih dahulu memberikan ancaman ke kubu wakil Belgium itu namun rembatan dari luar kawasan penalti menerusi Andreas Pereira dihalang penjaga gol, Simon Mignolet pada minit ke-14.
Manchester United bagaimanapun tersentak berselang seminit kemudian selepas hantaran jauh Mignolet berjaya mencari Emmanuel Bonaventure Dennis yang kemudiannya melakukan percubaan lambung ketika Sergio Romero berada jauh dari posisinya untuk membuka tirai jaringan.
1 – Simon Mignolet is the first goalkeeper to provide an assist in the Europa League since Guilherme for Lokomotiv Moscow against Sporting Lisbon in September 2015. Launch. pic.twitter.com/lM0cNfpTmh
— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2020
Tidak cukup dengan jaringan tersebut, Emmanuel Bonaventure sekali lagi mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan di minit ke-28 tetapi percubaannya dari sebelah kanan pintu gol Manchester United dinafikan Romero.
Kedudukan kembali terikat ketika aksi memasuki minit ke-36 setelah Anthony Martial mengambil kesempatan hasil kesilapan pemain muda, Maxim De Cuyper yang sedikit cuai ketika melakukan lontaran ke dalam mencari Brandon Mechele.
Martial yang lebih bersedia untuk merampas bola tersebut tanpa berlengah meluru pantas ke dalam kawasan penalti Club Brugge sekaligus melepaskan rembatan bagi menewaskan Mignolet untuk memberikan kelebihan jaringan gol di tempat lawan.
Pemain kelahiran Perancis itu hampir menjelmakan kelebihan buat Manchester United pada minit ke-43 tetapi rembatannya dari luar kawasan penalti sekadar singgah di tiang gol Club Brugge.
Memasuki babak kedua, Bonaventure terus menjadi pemain yang sentiasa memberikan masalah buat jentera pertahanan Manchester United. Peluang yang dimilikinya pada minit ke-50 sekali lagi digagalkan oleh ketangkasan Romero.
Kelincahan Bonaventure di bahagian sayap kanan turut membuka peluang keemasan buat rakan sepasukannya, Odilon Kossounou di minit ke-78 yang tidak dikawal dalam kawasan penalti The Red Devils. Namun, pemain muda dari Ivory Coast itu melakukan percubaan tersasar yang menghampakan kem Club Brugge.
Sedar keputusan seri bukanlah bekalan yang mencukupi untuk dibawa pulang ke Manchester, Solskjaer membawa masuk Bruno Fernandes, Fred dan Odion Ighalo dalam usaha memburu lebih jaringan pada perlawanan ini.
Kemasukan tiga pemain tersebut masih tidak mampu untuk mengubah kedudukan dan kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil dari Belarus, Aleksey Kulbakov.
Manchester United akan melayani kunjungan Club Brugge untuk pertemuan kedua pada 28 Februari nanti di Old Trafford.
Kredit foto: Manchester United