Pengendali Astana, Roman Hryhorchuk berkata, beliau tidak menganggap Manchester tidak menghormati pasukannya dengan menamakan pemain-pemain kurang berpengalaman untuk perlawanan Liga Europa (UEL) di Kazakhstan.
United telah pun layak ke pusingan 32 terakhir sementara Astana sudah pun terkeluar dari perebutan slot ke peringkat seterusnya dengan saingan masih berbaki dua perlawanan.
Pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer menyenaraikan 18 pemain yang terdiri daripada 14 pemain remaja dengan 10 orang daripadanya tidak pernah beraksi untuk skuad utama.
Antaranya adalah Matej Kovar, Max Taylor, Teden Mengi, Di’Shon Bernard, Ethan Laird, Dylan Levitt, Ethan Galbraith, Arnau Puigmal, James Garner, Tahith Chong, Angel Gomes, Largie Ramazani, D’Mani Bughail-Mellor dan Mason Greenwood yang semuanya berusia antara 17 hingga 19 tahun.
https://twitter.com/SportsNewsToda4/status/1200034376328699904?s=20
“Saya fikir ‘tidak hormat’ bukanlah perkataan yang tepat. Jika mereka bermain dengan sebuah pasukan berkelas dunia seperti Manchester United, mereka adalah pemain yang mempunyai tahap kemampuan yang tinggi,” kata Hryhorchuk kepada BBC.
“Saya berani cakap mereka amat bermotivasi untuk menang dan mereka mempunyai peluang untuk bermain di Liga Europa. Saya menjangkakan perlawanan yang baik dengan mereka.”
Selepas aksi berdepan Astana pada Khamis, United perlu bermain sembilan perlawanan pada bulan Disember termasuk peringkat suku akhir Piala Carabao.
“Ia masuk akal,” kata Solskjaer. “Kami telah melakukan segalanya dengan baik untuk layak ke pusingan seterusnya selepas empat perlawanan, jadi tidak salah untuk memberikan peluang dan pengalaman kepada pemain yang memerlukannya.
A behind-the-scenes look at today's training session 🏟#MUFC #UEL pic.twitter.com/rkp6DYg35A
— Manchester United (@ManUtd) November 27, 2019
“Beberapa pemain seperti Axel [Tuanzebe], Luke [Shaw] dan Jesse [Lingard] tidak bermain begitu banyak perlawanan musim ini dan mereka baru sahaja kembali dari kecederaan.
“Ianya sukar untuk memberikan pemain-pemain remaja ini perlawanan di peringkat tertinggi berdepan dengan pemain profesional. Selain Trofi EFL, pada saya ini adalah peluang terbaik untuk melihat mereka semua beraksi bersama.”
Solskjaer telah pun memberi kepastian yang Ethan Laird, Di’Shon Bernard dan Dylan Levitt akan membuat penampilan senior pertama mereka sambil penjaga gol veteren, Lee Grant veteren turut berpeluang untuk beraksi.
Pemain pertahanan berusia 19 tahun, Max Taylor mendapat panggilan skuad senior pertamanya, 12 bulan selepas menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit barah testis.
📅 November 2018: Man Utd defender Max Taylor starts chemotherapy after being diagnosed with testicular cancer.
📅 November 2019: Max Taylor in the Man Utd 1st team squad for their match with Astana after returning to training.
Keep fighting, Max 💪 pic.twitter.com/szdOTDdIDl
— talkSPORT (@talkSPORT) November 26, 2019
Penyerang, Mason Greenwood yang juga bersama skuad ke Astana baru sahaja menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris (EPL) pertamanya ketika United terikat 3-3 dengan Sheffield United pada hujung minggu lepas. Dalam perlawanan menentang Astana di Old Trafford, Greenwood menjaringkan gol pertamanya bersama skuad utama.
United kini mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan dalam UEL sementara Astana pula tewas semua empat perlawanan di peringkat kumpulan. Bagaimanapun, pasukan itu baru sahaja dinobatkan selaku juara liga domestik buat kali keenam berturut-turut.