UEL 2019/20: Arteta Gembira Saka Tolong Lacazette

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bos Arsenal, Mikel Arteta memuji impak bek kiri bidan terjunnya, Bukayo Saka dalam kemenangan tipis 1-0 pasukannya ke atas Olympiakos dalam perlawanan pusingan 32 terakhir UEFA Europa League di Athens awal pagi tadi.

Penyerang Alexander Lacazette menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-81 selepas menampan masuk bola hantaran lintang Bukayo Saka.

Saka kini sudah mengumpul lima bantuan gol dalam Europa League; paling tertinggi dalam kejohanan setakat ini. Beliau juga sudah mencatat sembilan bantuan gol pada musim ini; paling tertinggi dalam kalangan pemain Arsenal pada musim ini.

Arteta memuji, “Ada banyak detik-detik bijak dari Saka ketika ini. Tapi dia sangat merendah diri. Dia sangat berani membuat keputusan di kawasan final third. Dia tak menyorok. Dan dia mempunyai visi dan kebolehan teknikal untuk membuat keputusan di ruang yang sangat sempit – itu satu kelebihan buatnya.”

Arsenal tenggelam sebelum minit 81′

Di sebalik kemenangan ini, Arsenal pastinya mahu melupakan apa yang mereka persembahkan sebelum gol tersebut menjelma.

Arsenal dan tuan tumah, Olympiakos, kedua-duanya bergelut untuk menghasilkan corak permainan yang menarik, menghiburkan serta konsisten sebelum minit ke-81.

The Gunners yang turun tanpa Mesut Ozil – yang diberi cuti untuk bersama isterinya yang akan bersalin – kekurangan inspirasi kreatif di enjin serangan.

Tugas tersebut kemudiannya diambil oleh Lacazette. Penyerang Perancis itu yang baru sahaja menamatkan kemarau golnya. Dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Newcastle United, Lacazette melegakan Arteta dengan gol lewat permainan – sama seperti yang dilakukannya awal pagi tadi.

Bagaimanapun di sebalik gol tersebut, penyerang berumur 28 tahun itu nampak belum benar-benar cergas. Beliau sepatutnya sudah menjaringkan gol pada separuh masa pertama selepas menerima cut-back cantik daripada Gabriel Martinelli. Tetapi percubaan Lacazette meliar.

Pada separuh masa kedua, Lacazette jatuh selepas diasak Ousseynou Ba ketika mempunyai satu lagi peluang gol. Sedangkan ketika di waktu puncak prestasi, beliau pernah dilihat mampu membuat percubaan dalam situasi sama.

Mujur bagi Lacazette, Arteta bersabar dan percayakannya. Kepercayaan ini dibalas dengan persembahan bertenaga selepas gol pada minit 81′ tersebut. Beliau memaksa Jose Sa untuk membuat aksi penyelamat cantik dengan percubaannya sebelum tandukan Sokratis menggegar palang.

Arteta juga tidak gembira dengan persembahan pertahanannya, “Kami patut bermula lebih baik daripada apa yang ditampilkan pada separuh masa pertama. Kami ada buat satu, dua kesilapan di pertahanan yang boleh menghukum. Kemudian kami banyak hilang bola.”

Martinelli tenggelam

Satu lagi bakat muda Arsenal yang bermain awal pagi tadi, Gabriel Martinelli bagaimanapun gagal mengulangi persembahan cemerlang yang ditampilkannya sepanjang Januari 2020.

Penyerang 18 tahun dari Brazil ini kelihatan terlalu teruja ketika bola berada di kakinya – membuatkan beliau nampak tenggelam dan sering hilang bola. Pada separuh masa pertama, Martinelli hanya dapat 12 sentuhan bola sahaja – paling sedikit dalam kalangan pemain Arsenal.

Arteta kemudiannya menggantikan beliau dengan Dani Ceballos pada minit ke-58.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN