UEL 2018/19: Aubameyang & Lacazette Ialah ‘Double 9’ The Gunners, Senjata Jelmaan Emery

Bagi Unai Emery, taruhannya di perlawanan akhir UEFA Europa League (UEL) pada Khamis ini cukup besar. –  buat pengendali dari Sepanyol tersebut pada musim pertama beliau bersama Arsenal. Selain daripada menoktahkan penantian kejuaraan di Eropah sejak 1994 – Cup Winners’ Cup – kejayaan muncul juara juga bermakna tiket ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) juga berada di dalam tangan .

Untuk mencapai impian tersebut, kunci kejayaan mereka dipegang oleh dua pemain utama yang akan mengetuai jentera serangan – Pierre-Emerick Aubameyang dan juga Alexandre Lacazette

Gandingan Aubameyang dan Lacazette

Bahagian pertahanan adalah antara perkara yang mersiaukan Arsenal pada musim ini. Apatah lagi selepas melepaskan 51 gol sepanjang 38 perlawanan liga. Namun untuk memiliki pemain seperti Lacazette dan Aubameyang, Emery boleh dianggap sebagai pengendali yang bertuah di kalangan jurulatih lain di pertandingan UEL.

Aubayemang dan Lacazette telah mengumpul 50 gol diantara mereka pada musim ini. Lacazette telah menyumbang 19 gol, dan merupakan pemain terbaik pilihan penyokong pada musim ini.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Aubameyang pula telah menghasilkan 31 gol, termasuk hatrik di perlawanan kedua separuh akhir menentang Valencia. 22 gol keseluruhan di EPL turut menjadikan beliau pemenang kasut emas, berkongsi dengan Sadio Mane dan Mohamed Salah dengan jumlah jaringan yang sama.

“Saya telah memberikan segalanya untuk memastikan Arsenal berada di kedudukan empat pasukan terbaik, dan memenangi trofi,” ujar Aubameyang baru-baru ini.

“Saya gembira dengan pencapaian musim ini. Ia bukan musim yang terbaik, tetapi saya masih gembira,” ujar beliau.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Bintang dari Gabon ini hanya beraksi pada kempen pertama peringkat eropah bersama Arsenal pada musim ini. Musim lalu, beliau tidak boleh mewakili Arsenal selepas pernah tampil untuk Borussia Dortmund – sebelum melengkapkan perpindahan ke Emierates pada Januari 2018.

Manakala Lacazette pula dilihat lebih kepada penyerang kedua, ketika beraksi bersama Aubameyang – walaupun dalam sistem Emery, kedua-duanya adalah penyerang No.9 berkembar.

Ini menjelaskan ratio jaringan yang tinggi diperolehi oleh kedua-dua pemain.

“Mampu menyumbang kepada pasukan walaupun tanpa menjaringkan gol adalah antara aspek penting di dalam sesebuah pasukan,” ujar Lacazette yang menganggap sumbangan seperti bantuan gol adalah aspek penting dalam permainan beliau.

Ancaman kedua-dua pemain disedari oleh Sarri yang menganggap gandingan kedua-dua pemain mampu memusnahkan impian Chelsea di perlawanan akhir nanti.

Tonggak penting

Kepentingan kedua-dua pemain semakin ketara selepas Emery sah tidak akan menurunkan Aaron Ramsey akibat kecederaan, dan juga Henrikh Mkhitaryan yang enggan ke Baku kerana isu keselamatan.

Jumlah jaringan kedua-dua pemain masih dianggap sebagai menakjubkan, mengambil kira taktikal Emery sebelum ini yang memaksa kedua-dua pemain berebut memulakan perlawanan untuk posisi yang sama.

Perkara yang pada mulanya tampak sukar kini telah menjadi senjata utama Arsenal, setelah Emery menemukan formula terbaik untuk menggandingkan kedua-dua pemain di dalam kesebelasan utama pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN