UEFA Tolak Permohonan AC Milan Permohonan Pengecualian FFP

UEFA dilaporkan telah menolak permohonan oleh kelab Serie A Itali, AC Milan untuk dikecualikan dari peraturan ‘Financial Fair Play’ (FFP). Penolakan permohonan tersebut adalah kerana badan bola sepak eropah itu kurang yakin dengan kemampuan konsortium dari China yang mengambil alih kelab berkenaan.

Juara Eropah sebanyak 7 kali itu merekodkan kerugian bernilai €255 untuk 3 musim terakhir, jauh melangkaui nilai €30 juta yang dibenarkan.

Kelab Milan itu kemudiannya cuba untuk menyerahkan satu perjanjian dengan UEFA yang diserahkan secara sukarela setelah pengambilalihan kelab Rossoneri itu selesai diambil alih oleh usahawan, Li Yonghong pada April lalu.

(Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Bagaimanapun, UEFA berkata mereka akan melihat kembali perkara itu pada awal 2018. Dalam satu kenyataan, UEFA berkata:

“AC Milan akan terus dipantau secara berterusan. Masih ada beberapa isu yang masih samar dan belum pasti mengenai jaminan kewangan yang mampu disalurkan oleh pemegang saham utama di dalam kelab.”

Pada jendela perpindahan pemain pada musim panas lalu, AC Milan membelanjakan €230 juta untuk mendapatkan pemain baharu. Antara pemain yang menyertai AC Milan untuk musim ini ialah Leonardo Bonucci, Andre Silva dan pemain tengah Turki, Hakan Calhanoglu.

Pemilik baharu AC Milan yang berasal dari China.

Bagaimanapun, pencapaian mereka di atas padang tidak konsisten sehingga memecat pengendali, Vincenzo Montella, sebelum skuad Rossoneri ini diambil alih secara interim oleh Genaro Gattuso, yang juga merupakan bekas pemain kelab berkenaan.

Di bawah peraturan UEFA, mana-mana kelab yang berbelanja melebihi pendapatan dianggap melanggar peraturan FFP dan boleh dikenakan tindakan, seperti denda atau tidak dibenarkan menyertai pertandingan eropah.

Sejak beberapa musim ini, lebih banyak kelab akur dengan pelaksanaan FFP di dalam bola sepak eropah, dan UEFA melaporkan jumlah denda turut menurun sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Purata kerugian daripada kelab-kelab dari seluruh eropah turut mencatat 81% penurunan. Sebelum ini kerugian direkodkan mencecah €1.7 billion pada 2011, dan pada 2015 jumlah kerugian hanya pada purata €300 juta.

Jumlah purata kerugian dijangka akan terus menurun pada tahun lalu selepas penyata kira-kira oleh UEFA akan diumumkan kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN