Senarai Pendek Calon UEFA Player Of The Year Diumumkan, Messi & Ronaldo Jadi Tumpuan

perlawanan akhir
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

UEFA Player of the Year akan tiba sekali lagi tidak lama lagi dan senarai pendek 10 calonnya telah pun diumumkan!

Anugerah yang menobatkan gelaran bagi pemain terbaik di Eropah ini bakal menyaksikan pemain-pemain utama di Eropah bakal merebut gelaran individu tertinggi di benua tersebut.

Calon 10 pemenang telah pun diumumkan UEFA baru-baru ini dengan terdapat beberapa nama yang mencipta kejutan berjaya memasuki senarai pendek tersebut.

2 pemain lazim iaitu pemenang musim lalu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi memasuki senarai 10 pemain ini.

Lionel Messi & Cristiano Ronaldo merupakan pemenang 2 kali anugerah ini.

Berikut merupakan senarai penuh 10 pemain yang memasuki senarai pendek bagi UEFA Player of the Year:

  • Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
  • Lionel Messi (Barcelona)
  • Sergio Ramos (Real Madrid)
  • Gianluigi Buffon (Juventus)
  • Paolo Dybala (Juventus)
  • Toni Kroos (Real Madrid)
  • Luka Modric (Real Madrid)
  • Robert Lewandowski (Bayern Munich)
  • Kylian Mbappe (AS Monaco)
  • Zlatan Ibrahimovic (Manchester United)

Berdasarkan senarai pemain, Real Madrid yang merupakan juara Eropah musim lalu nyata menunjukkan kuasa mereka sebagai pasukan terhebat Eropah apabila mempunyai 4 wakil di dalamnya.

Anugerah ini bakal ditentukan menerusi undian yang dilakukan oleh 80 jurulatih dan juga 55 orang wartawan.

Pemenang bakal diumumkan pada 24 Ogos di Monaco pada sesi cabutan undi untuk peringkat kumpulan UEFA Champions League.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Uefa: Gianluigi Buffon, Lionel Messi and Cristiano Ronaldo shortlisted for player of the year; http://www.bbc.com/sport/football/40940975

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN