FIFA Beri Lampu Hijau Permintaan UEFA, 16 Pasukan Dalam Piala Dunia 48 Pasukan

FIFA nampaknya sudah memberikan lampu hijau kepada permintaan UEFA yang mahukan 16 pasukan Eropah dalam Piala Dunia yang menggunakan format 48 pasukan.

Ianya adalah 1/3 daripada jumlah negara yang akan bertanding di pusingan akhir Piala Dunia.

FIFA dijangka akan mengumumkan berita ini dalam masa terdekat ini.

FIFA sebelum ini menyatakan bahawa bermula 2026, Piala Dunia akan mempertaruhkan 48 pasukan di pusingan akhir.

48 pasukan dibahagikan kepada 16 kumpulan. Setiap kumpulan ada 3 pasukan. 2 pasukan teratas akan ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Selepas 16 tempat tetap untuk Eropah, 6 pasukan akan beraksi dalam slot penentuan (play-off) untuk merebut 2 slot terakhir zon Eropah.

FIFA juga akan memberikan 6 slot tetap masing-masing kepada zon CONMEBOL dan CONCACAF.

Seterusnya 8 slot pula kepada AFC, dan 9 slot kepada CAF. Manakala OFC akan mendapat 1 slot terus ke Piala Dunia tanpa melalui play-off.

2 lagi tempat akan ditentukan melalui play-off di antara zon ataupun benua.

Pasukan negara penganjur akan dikira di dalam slot antara benua yang telab diberikan oleh FIFA.

Ini dianggapp kejayaan besar kepada Presiden UEFA yang baru iaitu, Aleksander Ceferin. Ini adalah perkara pokok di dalam manifesto beliau sebelum ini.

Selain daripada pertambahan jumlah pasukan, FIFA sedang berkira-kira memasukkan beberapa regulasi baru dalam Piala Dunia.

Antara yang sudah pasti adalah teknologi VAR. Seterusnya cadangan seperti sin-bin dan beberapa peraturan lain juga sedang dibincangkan.

Baca juga: Video: Gol Griezmann Yang Dibatalkan Oleh VAR

Leave a Reply