Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul berkemungkinan bakal dipindahkan ke gelanggang lain berikutan kembimbangan pandemik COVID-19 yang semakin serius di Turki ketika ini.
Turki merupakan salah satu negara di Eropah yang mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian tertinggi di mana setakat ini sudah 4,461 kematian direkodkan daripada 160,979 kes positif.
Akhbar New York Times melaporkan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kini sedang berusaha keras untuk mencari jalan dan kaedah terbaik untuk memastikan dua kejohanan Eropah di bawah kendaliannya dapat ditamatkan dengan mencari bandar dan negara yang boleh menganjurkan semua baki perlawanan.
UEFA likely to move Champions League final from Istanbul https://t.co/9kzrvHb80o pic.twitter.com/ETLGiVP8Tj
— Asia News Today (@asia_newstoday) May 30, 2020
Salah satu masalah utama untuk menyambung kempen UCL dan Liga Europa (UEL) seperti biasa dengan perlawanan timbal balik di stadium pasukan masing-masing adalah setiap pasukan bertanding perlu membuat perjalanan ke negara lain di mana ianya agak mustahil untuk dilakukan ketika ini.
Perjalanan di antara negara-negara Eropah juga kini telah disekat dan dihadkan hanya untuk urusan-urusan tertentu sahaja. Malah penguatkuasaan perintah berkurung dan kawalan pergerakan setiap negara juga berbeza.
Perlawanan di antara Liverpool dan Atletico Madrid dalam pusingan kalah mati dua bulan lepas telah menimbulkan kritikan ekoran tindakan membenarkan penyokong dari Madrid berkunjung ke Anfield ketika Sepanyol menjadi negara yang paling teruk terjejas di Eropah ketika itu.
'Kluster Anfield' Antara Punca Peningkatan Mendadak Kes Kematian Di UK https://t.co/mAS9Tw1Hg7 pic.twitter.com/Pxy1xnWIMb
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 26, 2020
Ekoran itu UEFA tidak mahu isu tersebut berulang lagi dan mencadangkan satu ‘kejohanan mini’ di mana semua pasukan hanya bermain semua baki perlawanan di satu bandar sahaja untuk menamatkan saingan UCL dan UEL.
Setakat ini Lisbon dikatakan salah satu bandar yang menjadi pilihan, namun terdapat laporan yang mengatakan beberapa bandar lain juga mungkin boleh dipertimbangkan.
“Satu pasukan khas telah ditubuhkan dengan penyertaan setiap wakil dari liga dan kelab untuk mencari penyelesaian dan format terbaik yang membolehkan kejohanan musim ini dapat dilengkapkan. Beberapa pilihan sedang dipertimbangkan dan setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad,” kata seorang jurucakap UEFA.
🏀⚽️ LeBron James 🏆#UCL pic.twitter.com/RsOJoRSqDZ
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 29, 2020
Empat daripada lapan pasukan yang beraksi di suku akhir UCL sudah pun diketahui iaitu Atalanta, RB Leipzig, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG).
Untuk UEL pula, penjadualan menjadi lebih rumit memandangkan masih ada empat perlawanan daripada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir masih belum selesai.