Masalah Penyokong Ketika Perlawanan Lyon vs. Besiktas, UEFA Akan Ambil Tindakan!

Pada perlawanan suku akhir pertama UEL melibatkan Lyon dan Besiktas pada awal pagi tadi waktu Malaysia, telah berlaku masalah melibatkan penyokong.

Ada beberapa kumpulan besar penyokong Lyon dan Besiktas telah bertembung dan bergaduh di tempat duduk dalam stadium sebelum sepak mula perlawanan.

Penyokong Lyon mendakwa penyokong Besiktas telah memulakan kekacauan tersebut. Bunga api dan mercun dibakar dari tempat duduk seksyen atas.

Ada yang masuk ke dalam padang kerana mahu menyelamatkan diri daripada sebarang perkara buruk yang tidak diingini. Ini yang membuatkan perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Perlawanan telah ditangguhkan kira-kira 45 minit. Polis kemudian mengambil langkah tegas untuk berhadapan dengan keadaan tersebut. Polis akhirnya berjaya mengawal keadaan.

Polis kemudian megambil langkah untuk memastikan padang perlawanan dikosongkan segera. Tidak lama kemudian, pengumuman dilakukan untuk memberitahu perlawanan akan dimulakan tidak lama lagi.

Sepak mula perlawanan akhirnya berjaya dilangsungkan meskipun di venue-venue lain, perlawanan sedang dalam rehat separuh masa pertama.

UEFA memandang serius isu penyokong. Lyon dan Besiktas mungkin akan dikenakan tindakan oleh UEFA selepas ini. Ini adalah tamparan hebat buat UEFA selepas masalah letupan bom di Dortmund sebelum ini.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Lyon telah menang 2-1. Ianya selepas mereka bangkit daripada ketinggalan 1 gol.

Lyon beterusan mencipta peluang namun Besiktas berjaya bertahan dengan baik terutama penjaga gol mereka.

Malangnya, aksi cemerlang penjaga gol Besiktas iaitu Fabricio dicemari dengan aksi kesilapan komedi beliau yang melepaskan gol kedua kepada Lyon.

Fabricio cuba melakukan aksi fancy dengan bola. Namun beliau ditekan oleh 3 pemain Lyon. Morel menjaringkan gol mudah.

Baca juga: Alistair Edward Bidas Pihak Persoal “Gentlemen’s Agreement” JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN