Uefa: “Man. City Tak Akan Terlepas Daripada Hukuman Jika Melanggar FFP”

Manchester City

Uefa menegaskan sekali lagi bahawa Manchester City tidak akan terlepas daripada hukuman penggantungan daripada UCL sekiranya mereka melanggar Financial Fairp Play (FFP).

Isu status kewangan Manchester City mulai menjadi perdebatan hangat selepas laman pembongkar rahsia bola sepak – Der Spiegel/football leaks mendedahkan beberapa dokumen yang menyatakan Man. City ada melakukan doping dana.

Namun Pep Guardiola menyatakan pasukan mereka bersih dan tidak terkesan dengan tuduhan yang dilabel beliau sebagai berniat jahat. Manchester City tidak terganggu dengan isu itu dan masih berada dalam persaingan kejuaraan EPL, UCL serta kempen domestik yang lain.

Siasatan terbaru ke atas Man. City dibuka sekali lagi selepas desakan daripada banyak pihak. Kenyataan yang sama diulangi oleh Yes Leterme – ketua Club Financial Control Body (CFCB) – badan yang bertanggungjawab dalam menyiasat

Leterme berkata: “Jika benarlah seperti yang dilaporkan, ianya adalah masalah serius. Ini boleh membawa kepada hukuman berat; digantung daripada pertandingan Uefa, jika informasi yang diberikan itu tepat. Namun laporan tersebut juga mungkin bercanggah dengan laporan sebenar.”

“Peraturan FFP adalah berasaskan sistem deklarasi, 3 bulan selepas kelab menutup akaun, mereka harus menyatakan jumlah pendapatan mereka. Selepas itu kami akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan angka yang diberikan adalah tepat. Akaun setiap pasukan akan dinilai secara dalaman dan luaran.”

Sergio Aguero
MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 23: Sergio Aguero of Manchester City celebrates scoring his sides fourth goal with his Manchester City team mates during the Premier League match between Manchester City and Crystal Palace at Etihad Stadium on September 23, 2017 in Manchester, England. (Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

Laporan Der Sepiegel sebelum ini menyatakan Manchester City bermain dengan angka. Mereka menyatakan angka berlebihan (overstated) dalam beberapa penajaan kelab.  Man. City melaporkan mereka menerima tajaan £59.5 juta daripada Abu Dhabi United Group dan £8 juta lagi daripada Etihad Airlines.

Menurut Der Spiegel, banyak angka yang dinyatakan itu hanyalah untuk mengaburi CFCB. Ada beberapa penajaan itu dinyatakan secara tak tepat.

Der Spiegel juga menegaskan bahawa pemilik Manchester City – Mansour bin Zayed Al Nahyan – memanipulasi angka itu dengan memasukkan suntikan dana peribadi ke dalam kelab berselindung dengan nama tajaan.

Der Spiegel menuduh Manchester City dan PSG diberikan layanan dengan peraturan berbeza (double standard) oleh Uefa berbanding dengan kelab kecil lain di Eropah yang terus digantung sekiranya bersalah.

Hal ini selepas Gianni Infantino – ketika itu menjadi setiausaha agung Uefa – memberikan kelonggaran kepada Man. City dan PSG untuk mengimbangi akaun mereka dalam tempoh tertentu. Der Spiegel menuduh Infantino mengganggu dan mencabuli siasatan FFP.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN