UEFA Gantung Evra 7 Bulan, Marseille Tamatkan Kontrak

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra menamatkan kariernya bersama Marseille selepas insiden sepakan karate terhadap penyokongnya sendiri, umum kelab gergasi Perancis itu.

Marseille berkata mereka dan pemain yang berusia 36 tahun itu bersetuju bahawa bekas pemain Manchester United dan pemain antarabangsa Perancis itu akan meninggalkan kelab itu secara “persetujuan bersama.”

Sejurus sebelum itu, Evra diharamkan oleh UEFA daripada menyertai semua kejohanan di Eropah sehingga 30 Jun, 2018 dan dikenakan denda sebanyak 10,000 euro (RM48,867).

Minggu lepas, pemain yang berasal dari Perancis itu diperintahkan keluar padang selepas bertindak menendang kepala penyokong, ketika pasukannya berdepan Vitoria Guimaraes dalam saingan Liga Europa.

Difahamkan Evra terlibat dalam perang mulut dengan sekumpulan penyokong Marseille, dari tepi padang ketika sedang memanaskan badan sebelum bertindak menyepak seorang darpada mereka.

Pegawai keselamatan yang bertugas di tepi padang segera meleraikan ketegangan dan Evra, yang berada dalam senarai pemain simpanan diarahkan oleh pengadil supaya kembali ke bilik persalinan.

Menurut rakaman video, Evra cuba meninggikan kakinya untuk menendang kepala penyokong, insiden yang menyerupai tragedi Eric Cantona menyerang penyokong Crystal Palace.

Penyokong itu kelihatan mencarut dan memarahi pemain ketika berada di belakang papan iklan di Estadio D Adonso Henriques di Guimaraes.

Selepas menyerang penyokong tersebut, rakan sepasukannya cuba menenangkan Evra dan meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Gambar : AP Luis Veira

Sejak itu, Evra dikritik secara meluas kerana menyerang penyokong Marseille yang berlaku ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan Liga Europa berdepan pasukan Portugal, Vitoria Guimaraes minggu lalu.

“Hari ini merupakan hari yang menyedihkan. Buat pertama kalinya, Patrick Evra yang mengambil tanggungjawab serta memahami segala bentuk hukuman terhadap tindakannya disahkan tidak lagi meneruskan kerjayanya dalam kelab ini.

“Untuk para penyokong Marseille juga yang turut diaibkan akibat daripada tingkah laku daripada segelintir penyokong, reputasi dan imej kelab turut tercemar. Berdasarkan insiden ini, semoga kita akan menjadi lebih professional dari luar padang mahupun dalam padang untuk memastikan kelab ini kembali disegani,” petikan daripada kenyataan rasmi Presiden Kelab Marseille, Jacques-Henri Eyraud.

Penyokong Marseille memegang kain rentang yang tertera ‘Cintakan jersi Olympique de Marseille, Hormati penyokong dan bersikap profesional’ selepas insiden tegang antara Evra dan penyokongnya, baru-baru ini. – Foto AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN