UEFA Enggan Lulus Lesen Napoli Guna Stadium San Paolo Untuk UCL Musim Hadapan

UEFA seperti tidak memberikan petanda membenarkan Stadium San Paolo di Itali untuk menganjurkan pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan disebabkan keadaan fasiliti di stadium tersebut.

Perkara itu membuatkan Napoli berhadapan situasi melalukan kerana tidak boleh beraksi di stadium sendiri untuk perlawanan eropah.

Menurut akhbar II Mattino – seperti yang disiarkan oleh Football Italia, ada beberapa perkara utama telah digariskan oleh badan induk bola sepak Eropah itu, setelah mengadakan lawatan ke stadium tersebut.

Antara yang harus diberikan perhatian pantas oleh Napoli ialah keadaan bilik mandi, bilik persalinan psukan lawan, dan juga sistem pengairan rumput di padang.

Disebabkan perkara-perkara seperti di atas, UEFA berkemungkinan akan meminta Napoli mencari stadium lain untuk mereka menganjurkan pertandingan UEFA Champions League sebagai pasukan tuan rumah.

Antara stadium yang berkemungkinan terpaksa digunakan oleh Napoli ialah Stadium Renzo Barbera milik Parlemo, atau pun stadium milik Bologna.

Ia adalah perkara yang amat memalukan untuk Napoli sekiranya terpaksa beraksi di stadium lain sebagai tuan rumah di pertandingan eropah ini.

Ia juga memberikan gambaran buruk kepada bola sepak Itali yang rata-rata mengalami masalah penyelenggaraan stadium, dan juga venue perlawanan yang tidak mencukupi untuk pasukan bertanding.

Musim ini sahaja telah menyaksikan Atalanta terpaksa beraksi di Stadium Mapei milik Sassuolo kerana isu yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN