UEFA Dakwa Buffon Kerana Bersikap Kasar Terhadap Pengadil

Penjaga gol berstatus legenda, Gianluigi Buffon telah didakwa oleh UEFA kerana bersikap kasar terhadap pengadil perlawanan dari England, Michael Oliver.

Insiden melibatkan Buffon dan Oliver tersebut berlaku ketika Juventus disingkirkan oleh Real Madrid di suku akhir UEFA Champions League.

Dalam insiden tersebut, Buffon telah dilayangkan kad merah oleh Oliver setelah bekas penjaga gol antarabangsa Itali itu mempersoalkan penalti minit akhir yang diberikan kepada Real Madrid.

Penalti tersebut diberikan oleh Oliver di minit akhir perlawanan timbal balik di Bernabeu pada bulan lalu setelah pengadil mendakwa Medhi Benatia telah mengasari Lucas Vazquez.

Dalam temuramah selepas perlawanan, penjaga gol berusia 40 tahun itu lantang mengkritik tindakan Oliver, termasuk mempersoalkan kredibiliti beliau. Buffon turut enggan memohon maaf atas tindakannya di atas padang terhadap Oliver.

UEFA turut mengkritik kecaman yang dihantar kepada Oliver oleh pelbagai pihak selepas insiden tersebut, termasuk yang melibatkan isteri beliau.

Keputusan pendakwaan oleh UEFA dijangka akan diputuskan oleh panel disiplin badan induk itu pada 31 Mei akan datang.

Buffon bersara daripada bola sepak antarabangsa sejurus selepas Itali gagal ke Piala Dunia, namun tampil dalam dua perlawanan persahabatan selepas itu untuk mengucapkan selamat tinggal.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Bagaimanapun terdapat laporan di Itali yang mengatakan Buffon mungkin akan membatalkan niat persaraan tersebut.

Sebahagian lagi dari laporan tersebut turut membayangkan Buffon mungkin akan bersara sepenuhnya daripada bola sepak profesional selepas tamat musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN