UEFA, CONMEBOL Sepakat Anjur ‘Finalissima’ Temukan Jaguh 2 Benua, Itali, Argentina Bakal Berentap

Itali Argentina Finalissima

Itali dan Argentina yang masing-masing menjuarai kejohanan Euro dan Copa America pada tahun ini bakal dipertemukan dalam satu perlawanan khas yang dinamakan “Finalissima”.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 1 Jun tahun depan selepas dua badan induk bola sepak benua berkenaan iaitu Konfederasi Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mencapai kata sepakat.

Cadangan untuk mempertemukan dua pasukan ini sudah pun bermula sejak berakhirnya kedua-dua kejohanan ini pada Julai lalu dan terdapat cadangan untuk menamakannya sbagai “Piala Maradona”.

‘Piala Maradona’ Bakal Diperkenalkan

Mengikut perancangan, ia bakal diadakan di Stadio Diego Armando Maradona di Naples bagi memberi penghormatan kepada tokoh bola sepak dunia itu yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Bagaimanapun berdasarkan perkembangan terbaharu, London telah dipilih sebagai venue perlawanan, namun stadium di mana perlawanan ini akan berlangsung masih belum ditentukan.

Pencapaian Gli Azzurri dianggap sebagai satu kejayaan epik selepas mereka bangkit dari kegagalan layak ke Piala Dunia 2018 untuk menamatkan kejuaraan Eropah sejak 53 tahun lalu.

Skuad bimbingan Roberto Mancini itu turut mencatat rekod baharu di peringkat antarabangsa dengan tidak tewas dalam 30 perlawanan berturut-turut.

Begitu juga dengan skuad La Albiceleste yang menamatkan penantian 28 tahun untuk meraih gelaran di peringkat antarbangsa yang juga menjadi kejuaraan pertama Lionel Messi bersama pasukan kebangsaan.

Eropah dan Amerika Selatan ternyata merupakan dua benua yang paling jaguh dalam sejarah bola sepak dunia di mana sepanjang penganjuran Piala Dunia, hanya pasukan-pasukan dari dua benua ini sahaja yang pernah menjuarainya.

UEFA dan CONMEBOL pada Februri lalu telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama lebih erat untuk terus meningkatkan kualiti bola sepak di kedua-dua benua ini.

Mereka turut memperbaharui MoU yang akan berlanjutan sehinga Jun 2028 dengan penganjuran Finalissima menjadi sebahagian daripada kerjasama ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN