UEFA Champions League: Rumusan Prestasi 5 Kelab EPL Di Peringkat Kumpulan

Kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mencatat sejarah baharu apabila 5 kelab daripada England berjaya melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke peringkat kalah mati pertandingan UEFA Champions League (UCL).

Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur telah mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya, sekaligus menjadikan England negara pertama diwakili oleh 5 pasukan di peringkat 16 pasukan terakhir dalam sejarah pertandingan.

England mempunyai 5 wakil untuk di UCL pada musim ini setelah Manchester United menjuarai UEFA Europa League pada musim lalu; yang menjanjikan slot automatik ke peringkat kumpulan UCL.

Apa yang anda perlu tahu akan pencapaian 5 kelab tersebut di pertandingan UCL setakat ini?

Mengumpul mata dan kemenangan terbanyak

Sepanjang pertandingan peringkat kumpulan, kelab daripada England menampilkan prestasi yang menakjubkan. Tottenham Hotspur diundi di dalam kumpulan yang dianggap sukar bersama-sama Real Madrid dan juga Borussia Dortmund.

Namun demikian, naib juara EPL pada musim lalu ini menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan mengumpul 16 mata- jumlah tertinggi di kalangan kelab-kelab yang bertanding melangkaui 8 kumpulan.

Sumber: BBC

Selepas berpesta gol dalam kemenangan 7-0 ke atas Spartak Moscow pada awal pagi tadi, Liverpool adalah kelab kedua dengan jumlah jaringan tertinggi.

Selepas 6 perlawanan, kelab Merseyside itu telah menjaringkan 23 gol. Hanya Paris Saint-Germain (PSG) yang menjaringkan lebih banyak gol (25), dan 3 pasukan daripada EPL merupakan 6 pasukan teratas dengan jumlah jaringan tertinggi di peringkat kumpulan.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham juga menamatkan saingan peringkat kumpulan masing-masing di tangga teratas. Kali terakhir kelab Inggeris berbuat demikian ialah pada musim 2006-07.

Kecemerlangan kelab Inggeris di UCL pada musim ini sekaligus merekodkan purata kemenangan kepada 70%. Sebelum ini, rekod purata kemenangan yang lebih baik berbanding musim ini pernah tercapai sebanyak 2 kali, iaitu pada musim 2013-14, 70.8% (EPL) dan pada 2014-15, 70.8% (La Liga).

Sumber: BBC

5 kelab dari satu negara di UCL

Sebelum England, Sepanyol turut pernah mempunyai sehingga 5 kelab dari La Liga dalam pertandingan UCL, iaitu pada musim 2015-16.

Pada ketika itu, Atletico Madrid, Barcelona, Real Madrid dan Valencia disertai oleh Sevilla sebagai juara UEL musim sebelumnya.

Bagaimanapun hanya Barcelona, Atletico Madrid dan Real Madrid yang berjaya melepasi pusingan peringkat kumpulan. Cabaran Barcelona disekat oleh Atletico di peringkat suku akhir sebelum Real Madrid menewaskan kelab setempat mereka itu di perlawanan akhir.

Adakah ini kali pertama semua kelab Inggeris melepasi peringkat kumpulan?

Tidak. Sejak format pertandingan sedia ada diguna pakai sejak musim 2003-04, ia pernah berlaku sebanyak 7 kali. Kali terakhir ialah pada musim 2013-14.

Pada ketika itu Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Manchester United masing-masing melepasi peringkat kumpulan.

Apa yang berlaku apabila semua kelab Inggeris layak ke peringkat seterusnya sebelum ini?

Daripada 6 keseluruhan kempen yang menyaksikan semua kelab Inggeris melepasi peringkat kumpulan, 5 daripada kempen tersebut menyaksikan sekurang-kurangnya satu daripada kelab dari England mara ke perlawanan akhir.

Mereka hanya gagal mara sejauh itu pada musim 2013-14, apabila Chelsea disingkirkan oleh Atletico Madrid di peringkat separuh akhir.

(Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Namun demikian hanya 2 daripada kelab berkenaan tampil sebagai juara. Liverpool melakukannya pada musim 2004-05, diikuti oleh Manchester United pada musim 2007-08 apabila menewaskan Chelsea di dalam perlawanan akhir di Moscow.

Jika mana-mana di antara 5 kelab Inggeris pada musim ini mampu mara ke perlawanan akhir, maka ia menamatkan kemarau 5 musim ketiadaan kelab Inggeris di peringkat tersebut.

Trivia kelab Inggeris di UCL

Sejak musim 2003-04, 7 buah kelab dari England telah mara ke peringkat kumpulan pertandingan ini. Tujuh kelab berkenaan ialah Arsenal, Chelsea, Leicester, Liverpool, Manchester City, Manchester United and Tottenham.

Sejak 14 musim lalu, 84% daripada kelab Inggeris yang layak beraksi di peringkat kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.

(Photo by Pressefoto Ulmerullstein bild via Getty Images)

Pencapaian pada musim 2007-08 adalah yang terbaik daripada kelab Inggeris. Arsenal layak sehingga ke peringkat suku akhir. Perjuangan Liverpool terhenti di separuh akhir, dan Manchester United muncul juara menewaskan Chelsea.

Musim palin teruk menyaksikan penampilan kelab Inggeris di pertandingan ini ialah pada 2012-13 apabila hanya Manchester United dan Arsenal mara sebagai 16 pasukan terbaik, namun kedua-duanya gagal melayakkan diri ke suku akhir.

Siapakah yang bakal dihadapi oleh 5 kelab Inggeris di pusingan seterusnya?

Sebelum memikirkan untuk mara lebih jauh, ada baiknya jika kita melihat kelab manakah yang berpotensi untuk diundi berhadapan dengan 5 kelab Inggeris berkenaan.

Unai Emery
(Photo credit should read ALAIN JOCARD/AFP/Getty Images)
  • Manchester United (Juara Kumpulan A): Bayern Munich, Juventus, Sevilla, Shakhtar Donetsk, Porto, Real Madrid.
  • Chelsea (Naib juara Kumpulan C): Paris St-Germain, Barcelona, Besiktas.
  • Liverpool (Juara Kumpulan E): Basel, Bayern Munich, Juventus, Shakhtar Donetsk, Porto, Real Madrid
  • Manchester City (Juara Kumpulan F): Basel, Bayern Munich, Juventus, Sevilla, Porto, Real Madrid.
  • Tottenham (Juara Kumpulan H): Basel, Bayern Munich, Juventus, Sevilla, Shakhtar Donetsk, Porto.

Rumusan

Berdasarkan rekod lampau, peminat bola sepak EPL wajar untuk optimis akan peluang pasukan masing-masing dalam pertandingan ini.

Namun demikian, tidak ada laluan mudah mulai peringat 16 pasukan terakhir ini. Buat masa kini, kelima-lima kelab berkenaan boleh mengelak untuk diundi bertemu sesama sendiri, sepertimana yang telah ditetapkan oleh peraturan pertandingan.

Namun mereka dibolehkan untuk bertemu sesama sendiri mulai peringkat suku akhir.

Pada pendapat anda, mampukah kelab Inggeris bergelar juara UEFA Champions League musim 2017/18?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN