UEFA Buka Undian Team of The Year Kepada Umum, Dedah Pilihan Kluivert Dan Pires

Seperti biasa, setiap tahun UEFA membuka undian online kepada peminat bola sepak untuk mengundi Team of The Year pilihan mereka.

Setiap posisi mempunyai calon-calon yang dipilih berdasarkan prestasi mereka di liga domestik, UEFA Champions League atau UEFA Europa League dan perlawanan antarabangsa.

Contohnya di posisi penjaga gol, empat calon dipilih oleh UEFA untuk diundi oleh peminat bola sepak.

uefatoty2

Gianluigi Buffon (Juventus & Itali), Joe Hart (Man City & England), Manuel Neuer (Bayern Munich & Jerman) dan Denys Boyko (Dnipro & Ukraine) adalah calon-calon penjaga gol yang dipilih UEFA.

Berdasarkan undian ketika artikel ini ditulis, Manuel Neuer selesa mendahului 3 penjaga gol lain dengan 67% undian. Buffon memperolehi 26%, Hart 5% dan Boyko 3%.

uefatoty3

Sebelum memilih pemain, setiap pemgundi berpeluang memilih formasi kegemaran mereka.

Ini bermakna, mereka boleh mengundi 3 penyerang jika memilih formasi 3-4-3 dan 4-3-3. Tetapi hanya boleh mengundi 2 penyerang jika memilih formasi lain.

uefatoty1

Pertahanan

Sebanyak 12 pemain pertahanan terbaik Eropah dipilih. Rata-ratanya bermain di kelab yang bertanding di UEFA Champions League.

4 pemain yang sedang menerima undi paling tinggi ketika ini adalah:

  • 69% undian – David Alaba (Bayern Munich & Austria)
  • 54% undian – Sergio Ramos (Real Madrid & Sepanyol)
  • 47% undian – Daniel Alves (Barcelona & Brazil)
  • 42% undian – Thiago Silva (PSG & Brazil)

Tengah

Sama seperti pemain pertahanan, sebanyak 12 pemain tengah terbaik Eropah dipilih sebagai calon. Cuma bezanya, senarai calon pemain tengah turut mempunyai pemain terbaik dari kempen UEFA Europa League.

4 pemain yang sedang menerima undi paling tinggi ketika ini adalah:

  • 61% undian – Andres Iniesta (Barcelona & Sepanyol)
  • 56% undian – Paul Pogba (Juventus & Perancis)
  • 45% undian – James Rodriguez (Real Madrid & Colombia)
  • 42% undian – Kevin de Bruyne (Wolfsburg, Manchester City & Belgium)

Penyerang

Bagi kami, inilah kategori paling sukar. Hampir semua 12 calon penyerang mempunyai merit tersendiri untuk mendapat undian kami.

Tetapi dengan hanya 3 tempat, sukar bagi kami untuk membuat keputusan.

4 pemain yang sedang menerima undi paling tinggi ketika ini adalah:

  • 72% undian – Lionel Messi (Barcelona & Argentina)
  • 53% undian – Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal)
  • 44% undian – Neymar (Barcelona & Brazil)
  • 38% undian – Robert Lewandowski (Bayern Munich & Poland)

Pilihan lagenda

Patrick Kluivert

uefa-toty-2015-PatrickKluivert

David Trezeguet

uefa-toty-2015-DavidTrezeguet

Robert Pires

uefa-toty-2015-RobertPires

Pilihan Semuanya BOLA

uefa-toty-2015-E5CBE30B39A22AE1D2A90A763E5D65AB

Anda bersetuju dengan pilihan kami? Pilih Team of The Year anda sekarang! Link: UEFA Team of The Year

Baca juga: 10 Pakar Sepakan Percuma Terbaik Di Eropah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN