Gergasi Serie A, AC Milan tidak akan digantung dari menyertai pertandingan eropah anjuran UEFA kerana melanggar peraturan kewangan Financial Fair Play (FFP), sekiranya mampu menyeimbangkan akaun kewangan mereka untuk tempoh dua tahun setengah seterusnya.
Sebelum ini Milan tidak dibenarkan berkasi di UEFA Europa League pada musim ini, sebelum hukuman tersebut dipinda oleh Mahkamah Sukan (CAS) pada Julai lalu.
UEFA longgar syarat
Berikutan arahan mahkamah tersebut, UEFA kini melonggarkan sedikit syarat hukuman yang dikenakan terhadap AC Milan pada musim ini.
Antaranya keuntungan Milan sebanyak €12 juta dari pertandingan Europa League musim 2018/19 akan disekat sementara oleh UEFA, dan kelab itu hanya dibenarkan mendaftar 21 pemain untuk pertandingan anjuran eropah untuk dua musim berikutnya.
Tetap terima hukuman
Sekiranya AC Milan masih gagal memenuhi segala syarat kewangan yang dipinta oleh UEFA menjelang 30 Jun 2021, maka kelab Itali itu akan digantung dari menyertai pertandingan eropah untuk musim 2022/23 dan 2023/24.
Namun demikian, Milan tetap mempunyai pilihan untuk membuat rayuan sekali lagi kepada CAS.
Bagi saingan musim ini, skuad Gennaro Gattuso telah tersingkir dari saingan UEFA Europa League seawal peringkat kumpulan – setelah ditewaskan oleh Olympiakos 3-1 di Greek dalam perlawanan terakhir pada awal pagi semalam.