UEFA Arahkan Audit Susulan Akaun PSG Untuk Financial Fair Play

UEFA telah mengarahkan agar bahagian audit mereka menjalankan semula siasatan ke atas PSG.

Sebelum ini PSG dilaporkan berjaya lepas piawaian untuk financial fair play. Namun UEFA merasakan audit susulan perlu dibuat.

Ini untuk memastikan kelab tersebut benar-benar bersih daripada salah laku kewangan.

UEFA membuka siasatan kepada PSG pada September 2017. Ini selepas tekanan daripada beberapa kelab besar termasuk daripada Presiden La Liga, Javier Tebas.

Menurut Tebas, mustahil untuk kelab seperti PSG lulus FFP dengan pembelian Neymar bernilai €222 juta.

Dan kemudian meminjam Mbappe pada 2017 dengan bayaran tebus harga penuh dilaporkan mencecah €180 juta.

PSG juga tidak melakukan penjualan pemain yang besar ke kelab lain pada jendela perpindahan lalu.

Ini selepas pada Jun 2018, UEFA menerusi Badan Kawalan Kewangan Kelab ataupun Club Financial Control Body (CFCB) mengumumkan yang siasatan ke atas PSG ditutup.

Hal ini membuatkan banyak pihak tidak berpuas hati.

Mendengar rintihan ini, UEFA kemudian membuka semula siasatan sebulan kemudian.

Pada Isnin lalu, UEFA menyatakan yang siasatan kali ini adalah siasatan semula berdasarkan audit sebelum ini. Ianya disebut sebagai audit susulan.

Jika gagal memenuhi piawaian FFP, PSG bakal berhadapan dengan hukuman seperti digantung daripada kejohanan UEFA, hadiah wang ditarik balik, dilarang melakukan pembelian pemain berdasarkan darjah kesalahan.

Namun pada pandangan kami, adakah UEFA akan mengenakan tindakan kepada PSG.

Bayangkan UEFA mengenakan tindakan ke atas PSG, mungkin kelab itu akan membalas, mereka tidak menjual pemain kerana UEFA sebelum ini menyatakan mereka bersih daripada FFP.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN