UEFA Akan Siasat Perpindahan Neymar, Minta Javier Tebas Jangan Tuduh Melulu

UEFA akan menyiasat perpindahan Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain untuk memastikan kelab Paris tersebut menepati piawaian ‘financial fair play rule’ (FFP).

Menurut agensi berita di Sepanyol, UEFA telah mengeluarkan kenyataan mereka tentang transaski tetinggi di dunia ini.

“Semua kelab di Eropah haruslah menghormati FFP dan mestila mengemukakan penyata kewangan yang menunjukkan mereka tidak rugi lebih daripada €30 juta.”

“Sebagai langkah kesinambungan untuk memastikan peraturan ini dipatuhi, UEFA akan menyiasat butiran perpindahan Neymar sebagai langkah untuk meastikan perpindahan tersebut menepati regulasi FFP.”

Walaubagaimanapun UEFA berharap pihak La Liga tidak terlalu cepat membuat andaian sendiri. Sebelum ini, Presiden La Liga, Javier Tebas menuduh PSG memang ‘tidak bersih’ di dalam perpindahan Neymar.

Tebas menuduh PSG mendapat dana daripada Qatar Sports Investment yang mendapat suntikan dana daripada kerajaan Qatar.

Javier Tebas tidak mengiktiraf perpindahan Neymar ke PSG dan yakin, tidak ada sebab PSG boleh lepas daripada salah laku FFP dengan membayar duit sebanya itu.

UEFA berkata:

“Perpindahan Neymar ke PSG akan memberikan kesan kepada kewangan beberapa kelab. Namun kita tidak boleh menuduh perpindahan tersebut melulu, pada masa yang sama, harus diingat PSG juga boleh mendapatkan jumlah duit tersebut dengan menjual beberapa pemain mereka.”

“Kita boleh membuat apa jua kira-kira, yang penting pihak kami cuma mahu pastikan mereka menghormati peraturan.”

Rujukan

Sports – http://www.sport-english.com/en/news/barca/uefas-response-to-doubts-about-psg-complying-with-ffp-by-signing-neymar-6206328

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN