Carlo Ancelotti Teruja Jumpa Real Madrid Dan Protege Beliau, Zinedine Zidane

Semalam berlangsung undian untuk pusingan kalah mati UCL 2016/17. Yang paling mencuri tumpuan adalah pertemuan Real Bayern Munich menentang Real Madrid.

Ini adalah senarai undian penuh untuk pusingan suku akhir.

Pengurus Bayern Munich, Carlo Ancelotti kali ini agak teruja kerana bakal berhadapan dengan pasukan yang pernah dikendalikan beliau sebelum ini.

Ancelotti membantu Real Madrid memenangi La Decima pada 2014. Beliau juga membantu Real Madrid menyingkirkan Bayern Munich dengan aggregate 5-0 pada tahun tersebut.

Ini adalah reaksi Ancelotti selepas undian semalam.

“Real adalah Juara Dunia, penyandang UCL dengan pasukan, pemain dan jurulatih yang luar biasa.”

“Ia perlawanan istimewa untuk saya dan saya sangat teruja dengan prospek perlawanan menentang Real Madrid.”

Ancelotti juga akan berhadapan dengan bekas anak murid dan perancang utama beliau ketika di Juventus iaitu Zinedine Zidane.

Ancelotti turut menjadi mentor Zidane ketika di Real Madrid. Jadi kali ini, ia menjadi pertembungan yang sangat menarik di antara dua watak ini.

Ancelotti tidak merasakan Bayern Munich ada kelebihan dalam perlawanan ini.

“Dalam bola sepak moden, semua pasukan tahu serba serbi tentang lawan masing-masing.”

“Ini bukan topik untuk saya jawab. Saya tahu segala maklumat yang anda mahukan tentang pasukan di Eropah, bukan sahaja Real Madrid.”

“Dan tidak ada kelebihan langsung untuk kami. Tidak ada rahsia lagi dalam bola sepak.”

“Tetapi kami mahukan kejuaraan UCL dan perlu percaya pada diri sendiri.”

“Suku akhir sentiasa peringkat yang sukar dan ia kami juga berpeluang untuk menang.”

“Saya juga sangat teruja untuk kembali ke Madrid. Ia hanyalah satu perlawanan bola sepak dan kami mahu mempersiapkan pasukan terbaik menentang Real.”

Beliau juga berkongsi sepanjang pengalaman beliau dalam UCL, ada beberapa aspek teknikal yang boleh menjadi penentu.

“Ada perkara kecil boleh menjadi faktir penentu. Contohnya keputusan pengadil. Ia sentiasa satu piala yang sukar untuk dimenangi.”

Bayern Munich telah bertemu dengan Real Madrid sebanyak 16 kali di peringkat Eropah. Mereka menang 8 kali dan kalah 7 kali.

Siapakah yang akan mara daripada perlawanan blockbuster ini?

Baca juga: Video: Sepakan Penalti Pato Kelaut, Reaksi Cannavaro Dan Thump Up Sun Shilin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN