UCL: Sevilla Bangkit Ikat Liverpool, Real Madrid Mengganas, Monaco Tersingkir Awal

Kumpulan E: Liverpool lepaskan 3 gol

Apa yang lebih pedih daripada melepaskan 3 gol pendahuluan dan diikat di masa kecederaan? Ya! Itulah yang dirasai oleh Liverpool pada perlawanan UCL awal pagi tadi.

Liverpool mendahului 3 gol pada separuh masa pertama dengan 2 gol daripada Firmino dan 1 daripada Sadio Mane.

Sevilla yang sangat dominan dalam perlawanan ini melakukan kebangkitan luar biasa pada separuh masa kedua. 2 gol Ben Yedder, kedua-duanya berpunca daripada kesilapan Moreno. Salah satu daripadanya penalti.

Dan gol penyamaan Sevilla adalah pada masa kecedearaan menerusi Guido Pizzaro.

Dalam satu lagi perlawanan Maribor dan Spartak juga seri. Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan kedudukan 1-1.

Jadi, tiada perubahan dalam kumpulan E, dengan Sevilla dan Liverpool masih lagi dalam kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati. Persaingan 3 penjuru untuk mara akan ditentukan dalam perlawanan terakhir.

Kumpulan F: Napoli kejar Shaktar

Manchester City yang sudah mara ke pusingan seterusnya, menang tipis 1-0 ke atas Feyenoord hasil jaringan lewat perlawanan oleh Ilkay Gundongan.

Napoli menang 3-0 ke atas Shaktar, sekaligus membolehkan mereka terus mengekori rapat Shaktar yang berada di tangga ke-2.

Kumpulan G: RB Leipzig belasah Monaco

RB Leipzig membelasah juara Ligue 1 musim lalu AS Monaco dengan jaringan 4-1. Monaco ketinggalan pada minit ke-6 menerusi jaringan sendiri Jemerson.

2 gol daripada Timo Werner dan 1 gol daripada Nabi Keita hanya mampu dibalas 1 gol menerusi Radamel Falcao.

Dalam satu lagi perlawanan, Besiktas dan Porto terikat 1-1.  Dengan keputusan ini, Monaco sah tersingkir daripada pusingan kalah mati. Lebih teruk mereka gagal ke pusingan kalah mati Europa League.

Kumpulan H: Dortmund APOEL buat perhitungan slot Europa

Real Madrid membelasah APOEL 6-0 pada awal pagi tadi. Ronaldo menemui semula sentuhan jaringan beliau. Ini apabila Ronaldo menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

Manakala Tottenham Hotspur terus memberikan tekanan kepada Dortmund yang bergelut dengan prestasi mereka dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Spurs menang 2-1 ke atas Dortmund di Signal Iduna Park. Jadi Dortmund dan APOEL akan menentukan slot ke Europa selepas ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN