Cristiano Ronaldo kembali semula beraksi untuk Real Madrid. Beliau yang masih menjalani penggantungan domestik 5 perlawanan nampaknya melepaskan geram di pentas UCL.
Real Madrid kali ini turun tanpa Karim Benzema yang mengalami kecederaan di paha. Adanya Ronaldo di dalam pasukan pastinya melegakan Zidane.
Kapten Portugal tersebut tidak menunggu lama untuk mengumumkan kehadiran beliau di dalam skuad. Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-12.
Bersambung pada babak kedua, Ronaldo memastikan dirinya terus cemerlang di Eropah. Beliau menyempurnakan penalti pada minit ke-51. Menjadikan ia adalah jaringan ke-107 beliau di Eropah setakat ini. Tiada pemain lain yang lebih daripada beliau.
Sergio Ramos melengkapkan malam cemerlang Real Madrid dengan gol ke-3 pada minit ke-61.
Isco antara pemain yang terus cemerlang di dalam skuad Real Madrid. Beliau banyak mencetuskan ancaman dan mencipta peluang kepada rakannya.
Real Madrid mendominasi perlawanan ini hampir 70% dan melakukan 26 percubaan gol ke arah gawang lawan. 6 cubaan tepat dilakukan dan 3 daripadanya menerjah gawang.
Mereka juga melakukan 638 hantaran sepanjang perlawanan ini. Lebih 2 kali ganda yang dilakukan oleh APOEL.
Kemenangan ini meletakkan Real Madrid sebagai pendahulu kumpulan H yang turut dihuni Spurs dan Dortmund. Dalam satu lagi perlawanan Spurs berjaya membawa pulang 3 mata dari Signal Iduna Park dengan kemenangan 1-3.
Perlawanan seterusnya, Real Madrid akan berhadapan dengan Borrussia Dortmund di Signal Iduna Park. Ianya pasti perlawanan tumpuan.